2. Muhammad Hanafi Bin Mazlan
3. Hassanuddin Bin Mohamed Zubir
4. Amirul Rasyid Bin Najmuddin
Latar Kehidupan
NAMA : Amir Burhanuddin bin Ungku Muhammad
Lahir : 29 Ogos 1911 di Changkat Tualang, Perak
Pendidikan : awal di Kelas Al-Quran dan agama dan sekolah melayu
Bersekolah di Sekolah Agama Sungai Jambu, Sumatra Barat tahun 1924-1926
Beliau pernah berguru dengan Sheikh Mohammad Khatib al-Minangkabawi dan
beberapa pemuka agama di Mekah
Menyambung pelajaran
ke India dan mengambil kursus perubatan homeopatik di Madrasah al-‘Ulum
Musalmanan (Anglo Indian College) di Aligarh
Berhasil
menyiapkan tesis kedoktorannya dalam bidang falsafah, dan sewaktu menyusun
disertasinya beliau merujuk kepada karya-karya besar dalam bahasa Arab dan
Eropah, dan menelusuri sejarah pemikiran dan peradaban dunia
Digelar Al-Hulaymi dan atau Al-Helmy kerana karakternya yang tenang dan
sabar
Beliau turut dikenal sebagai Pak Doktor dalam kalangan pengikut dan
rakannya.
Pada tahun 1927, beliau merantau ke Pulau Pinang untuk menuntut di
Madrasah al-Mashoor al-Islamiyyah dan berguru dengan pemikir dan reformis
penting seperti Shaikh Abu Bakar al-Rafi‘i, Haji Arshad al-Bawayih, dan Ashiran
Yaakob
Pengaruh Tasawuf
Tertarik
kepada tariqat Naqhshabandiyyah yang berkembang di India, yang mempunyai dasar
dan hujah tasawwuf yang meyakinkan
Tariqat
ini aktif mendakyahkan ajarannya di Asia Tenggara dengan pengaruh yang
signifikan di kalangan pengikutnya yang terus berkembang dengan pantas
Perkara
ini dikupas dalam tulisannya: “Saya pelajari sufi daripada bahasa-bahasa
Eropah.
Faham
tasawuf yang dipintalnya turut merangkul tasawuf moden dan agresif yang
mendakap semangat jihad.
perjuangannya
terus digilap dan dipasak dengan lebih jelas setelah menghadam disiplin agama
dan sosial yang penting seperti falsafah, perbandingan agama, tasawwuf dan ilmu
tariqat.
Kerangka Pemikiran
Dr
Mujahid Yusof Rawa, mengungkapkan bahawa langkah perjuangan yang digariskan Dr
Burhanuddin harus diangkat dan dilontarkan dalam menuju PAS baru.
Beliau
menuntut supaya hierarki PAS berganjak ke arah perubahan, stereotaip dicabar
dan pembaharuan dan kesedaran politik tentang esensi kebebasan, kesedaran
watan, faham keadilan dan nafas perjuangan dan semangat kemerdekaan ditanam dan
dipugar.
Begitu juga
strategi perjuangannya dalam politik tergambar daripada kegiatannya dalam
Kesatuan Melayu Muda (KMM) menentang pendudukan British dan Jepun
memilih
wadah Islam sebagai landas perjuangan
Beliau
menyusun strategi dakwah dengan mendekati golongan sosialis-komunis, memulakan
kerjasama dengan parti-parti bukan Melayu tanpa rasa chauvinis, mendukung
perjuangan nasionalis, tetapi kekal sebagai tokoh yang Islamis.
Pengikut
dan pengkagumnya bukan sekadar orang-orang politik, tetapi juga
pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan
Dr.
Burhanuddin Al-Helmy merupakan tulang belakang dalam penubuhan Parti Rakyat
Malaya pada 1955 dan pada tahun 1956
Pernah
beberapa kali ditangkap kerana kegiatan politiknya yang menginginkan
kemerdekaan penuh nusa dan bangsa.
Pada
tahun 1937, beliau dipenjarakan oleh penjajah British kerana menerbitkan
majalah Taman Bahagia yang menyebarkan semangat merdeka
Tahun
1950-1953 dipenjarakan oleh penjajah British kerana memimpin masyarakat Melayu
melancarkan perjuangan menentang keputusan mahkamah kerajaan British di
Singapura dalam kes Natrah
pada
tahun 1965-66 dipenjarakan oleh Kerajaan Tunku Abdul Rahman kerana dituduh
melakukan kegiatan anti-Malaysia. Akibat dari seksaan di dalam penjara
Perjuangan
Beliau telah menyertai KMM dan bersama-sama Rahim
Yaacob, Mustapha Hussein dan lain-lain memainkan peranan memimpin dalam
pertubuhan tersebut.
Dr.
Burhanuddin Al-Helmy kemudiannya bersama-sama Mokhtaruddin Lasso, Ahmad
Boestamam, Ishak Hj. Muhamad (Pak Sako) dan lain-lain menubuhkan PKMM yang
merupakan sebuah parti progresif kesinambungan dari KMM yang juga berpegang
pada prinsip nasionalis, agama dan sosialis dan berjuang untuk kemerdekaan
tanah air.
Beliau
telah membentuk PUTERA pada tahun 1947
Gabungan
badan-badan politik Melayu progresif ini telah membentuk front persatuan dengan
AMCJA.
Di
antara kemuncak perjuangannya menuntut kemerdekaan adalah apabila Burhanuddin
Al-Helmy sebagai pengerusinya telah menerajui Sepuluh Dasar PUTERA-AMCJA
beserta bendera merah putih duabelas bintang kuning sebagai melambangkan Malaya
Merdeka.
Mengidap
penyakit dan meninggal dunia pada 25 Oktober 1966.
Seorang Demokrat Berperlembagaan
Selaras dengan dasar PAS mengambil bahagian dalam pilihanraya untuk mendapatkan suara rakyat bagi mengukuhkan perjuangan Islam, Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah menjadi calon PAS dalam pilihanraya 1959. Beliau menang dan menjadi wakil rakyat Pas bagi kerusi Parlimen Besut, Terengganu.
Pada masa itu sistem pilihanraya Dewan Undangan Negeri dijalankan mengikut negeri ke negeri. Negeri paling akhir selepas Terengganu adalah Kelantan.
Dengan sistem seperti ini, Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan pimpinan PAS telah menyusun tenaga kerja jentera PAS dipindahkan dari satu negeri ke satu negeri.
Dalam konteks yang lebih luas, Dr. Burhanuddin Al-Helmy juga telah mempertahankan amalan demokrasi di atas dasar Perlembagaan yang sedia ada. Di atas sebab itu beliau menentang penubuhan Malaysia. Baginya, penubuhan Malaysia adalah bertentangan dengan konsep Persekutuan yang memberi ruang yang luas bagi pembangunan setiap negeri di bawahnya.
Menurutnya, dengan wujudnya Malaysia, maka ”mahu tidak mahu Kelantan menjadi satu bahagian di bawah kekuasaan Malaysia”. Dr. Burhanuddin Al-Helmy mahu kerajaan Pusat bersikap lebih demokratik dengan merundingkan penubuhan Malaysia dengan kerajaan negeri terlebih dahulu.
Di bawah pimpinannya, kerajaan PAS Kelantan telah mengheret isu Malaysia ke mahkamah bagi mendapatkan injuksi penanguhan pembentukan Malaysia.
Ternyata pendekatan dan ketokohan Dr. Burhanuddin Al-Helmy serta pemimpin-pemimpin PAS yang lain pada masa itu amat diterima rakyat, khasnya di kalangan kaum Melayu.
Ditahan dan Merengkok dalam Penjara
Di Turki
belaiu ditahan kerana terlibat dalam gerakan anti-British di sana.
Telah
menerbitkan majalah Taman Bahagia yang bercorak anti-British
Satu jam
selepas edisi pertama majalah ini diterbitkan, beliau ditahan oleh pihak
British. Beliau dipenjarakan selama enam bulan.
Pada
tahun 1950, Burhanuddin Al-Helmy telah ditahan oleh British akibat Peristiwa
Natrah
Dituduh
terlibat dalam demonstrasi menentang keputusan Mahkamah Tinggi Singapura yang
membenarkan Natrah (Maria Hertogh) dipulangkan kepada keluarga asalnya di
Belanda. Dipenjara selama 3 tahuun
Burhanuddin
Al-Helmy menentang penubuhan Malaysia pada tahun 1963. Ini menyebabkan dia
ditahan di bawah ISA pada bulan Januari 1965 kerana dituduh terlibat dalam
kerajaan buangan di Riau, Indonesia.
Sumbangan kepada Gerakan Islam
Sseorang pemimpin politik Islam yang
mendahului zamannya.
Seorang yang progresif, realistik,
berpandangan global serta sentiasa bertindak berpandukan prinsip-prinsip Islam.
Progresif kerana beliau menolak
sebarang bentuk dan unsur kolonialisme.
Beliau realistik kerana beliau
sentiasa bersikap terbuka dan bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak –
parti politik bukan Melayu atau bukan berasaskan Islam – yang memiliki
cita-cita dan tujuan yang sama, iaitu untuk sama-sama mencapai matlamat
perjuangan membebaskan rakyat daripada penjajahan.
Pengalaman silamnya
sebelum menerajui PAS yang sentiasa bersedia bekerjasama untuk mengejar
cita-cita bersama – iaitu kemerdekaan – telah berjaya menempatkan PAS dalam
kancah arus perdana politik negara pada masa itu.
Karya
merangkumi pelbagai bidang seperti perubatan, politik dan
tasawuf
Antara karya dalam bidang politik dan tasawuf ialah
Perjuangan kita diterbitkan pada tahun 1946,
Falsafah Kebangsaan Melayu (1954)
Ugama dan Politik (1954),
deologi Politik Islam (1957)
Arab Perjalan Politik Tanah Melayu Sekarang (1963)
Simposium Tasawuf dan Tariqat (1972 cetakan ke-2).
Salah satu catatannya dalam Agama dan Politik pada tahun 1954
menyebut: Politik itu berubah-rubah tetapi agama tetap. Agama tidak
boleh disesuaikan dengan politik, tetapi politik itulah yang mesti disesuaikan
dengan agama. Agama dengan sendirinya berisi berbagai-bagai ragam politik
tetapi politik itu bukan agama.
KESIMPULAN
Dr Burhanuddin Al Helmi – Putera
Besar Melayu Raya (Zabidin Hj. Ismail 1996: 20) ini disifatkan sebagai
pejuang yang berdiri atas tiga teras utama, iaitu perjuangan mencapai
kemerdekaan negara, Islam dan kebangsaan Melayu. Dalam bukunyaPerjuangan Kita (1946),
Dr Burhanuddin membayangkan pemikirannya berlandaskan kata masyhur Arab yang
bermaksud: “Kasihkan watan itu daripada iman.” Berdasarkan kata-kata Arab
inilah beliau mengungkapkan konsep pembinaan ummah serta pembentukan negara
merdeka.
Jiwa keIslaman yang kental telah
membentuk Dr Burhanuddin bersikap lemah lembut, paling sederhana dan merendah
diri, disifatkan sebagai seorang pemikir politik Melayu yang berjaya
mengsepadukan perjuangan politik Melayu dengan Islam. Baginya, memperjuangkan
kebangsaan Melayu beerti memperjuangkan daulah Islam kerana dalam konteks Tanah
Melayu, kekuatan Melayu akan membawa kepada kekuatan Islam.
Beliau juga seorang pemidato dan
pengarang kitab Islam sentiasa memusatkan perhatian kepada perjuangan
menegakkan syiar Islam di bumi Nusantara. Sepanjang hayatnya, Dr Burhanuddin
tidak pernah berhenti memikirkan langkah untuk meletakkan Islam ke tahap tertinggi.
Dalam sebuah tulisannya beliau pernah
bertanya: “Bagaimanakah kita dapat memulihkan kesakitan dan penderitaan bangsa
kita? Dan bagaimanakah kita akan mengembalikan agama kita hingga Islam dapat
berjalan menurut yang dikehendaki Allah, jika belum bebas merdeka dan
berdaulat. Tentu tidak boleh , melainkan sudah bebas merdeka dan berdaulat.” Demikian
rintihan hati seorang tokoh politik Melayu.