Monday, 21 October 2013

Burhanuddin Al-Helmy

Prepared For: Dr Azwani Binti Ismail

Group 2

1.Sheikh Muhammad Afif Bin Sh Abu Bakar [BDA11-07-1421]
2. Muhammad Hanafi Bin Mazlan
3. Hassanuddin Bin Mohamed Zubir                        
4. Amirul Rasyid Bin Najmuddin



DR BURHANUDDIN AL-HELMY
TOKOH PEJUANG TANAH MELAYU






Latar Kehidupan


ž  NAMA : Amir Burhanuddin bin Ungku Muhammad
ž  Lahir : 29 Ogos 1911 di Changkat Tualang, Perak
ž  Pendidikan : awal di Kelas Al-Quran dan agama dan sekolah melayu
ž  Bersekolah di Sekolah Agama Sungai Jambu, Sumatra Barat tahun 1924-1926
ž  Beliau pernah berguru dengan Sheikh Mohammad Khatib al-Minangkabawi dan beberapa pemuka agama di Mekah
ž  Menyambung pelajaran ke India dan mengambil kursus perubatan homeopatik di Madrasah al-‘Ulum Musalmanan (Anglo Indian College) di Aligarh
ž  Berhasil menyiapkan tesis kedoktorannya dalam bidang falsafah, dan sewaktu menyusun disertasinya beliau merujuk kepada karya-karya besar dalam bahasa Arab dan Eropah, dan menelusuri sejarah pemikiran dan peradaban dunia
ž  Digelar Al-Hulaymi dan atau Al-Helmy kerana karakternya yang tenang dan sabar
ž  Beliau turut dikenal sebagai Pak Doktor dalam kalangan pengikut dan rakannya.
ž  Pada tahun 1927, beliau merantau ke Pulau Pinang untuk menuntut di Madrasah al-Mashoor al-Islamiyyah dan berguru dengan pemikir dan reformis penting seperti Shaikh Abu Bakar al-Rafi‘i, Haji Arshad al-Bawayih, dan Ashiran Yaakob 



Pengaruh Tasawuf


ž  Tertarik kepada tariqat Naqhshabandiyyah yang berkembang di India, yang mempunyai dasar dan hujah tasawwuf yang meyakinkan
ž  Tariqat ini aktif mendakyahkan ajarannya di Asia Tenggara dengan pengaruh yang signifikan di kalangan pengikutnya yang terus berkembang dengan pantas
ž  Perkara ini dikupas dalam tulisannya: “Saya pelajari sufi daripada bahasa-bahasa Eropah.
ž  Faham tasawuf yang dipintalnya turut merangkul tasawuf moden dan agresif yang mendakap semangat jihad.
ž  perjuangannya terus digilap dan dipasak dengan lebih jelas setelah menghadam disiplin agama dan sosial yang penting seperti falsafah, perbandingan agama, tasawwuf dan ilmu tariqat.


 

Kerangka Pemikiran


ž  Dr Mujahid Yusof Rawa, mengungkapkan bahawa langkah perjuangan yang digariskan Dr Burhanuddin harus diangkat dan dilontarkan dalam menuju PAS baru.
ž  Beliau menuntut supaya hierarki PAS berganjak ke arah perubahan, stereotaip dicabar dan pembaharuan dan kesedaran politik tentang esensi kebebasan, kesedaran watan, faham keadilan dan nafas perjuangan dan semangat kemerdekaan ditanam dan dipugar.
ž  Begitu juga strategi perjuangannya dalam politik tergambar daripada kegiatannya dalam Kesatuan Melayu Muda (KMM) menentang pendudukan British dan Jepun
ž  memilih wadah Islam sebagai landas perjuangan
ž  Beliau menyusun strategi dakwah dengan mendekati golongan sosialis-komunis, memulakan kerjasama dengan parti-parti bukan Melayu tanpa rasa chauvinis, mendukung perjuangan nasionalis, tetapi kekal sebagai tokoh yang Islamis.
ž  Pengikut dan pengkagumnya bukan sekadar orang-orang politik, tetapi juga pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan
ž  Dr. Burhanuddin Al-Helmy merupakan tulang belakang dalam penubuhan Parti Rakyat Malaya pada 1955 dan pada tahun 1956
ž  Pernah beberapa kali ditangkap kerana kegiatan politiknya yang menginginkan kemerdekaan penuh nusa dan bangsa.
ž  Pada tahun 1937, beliau dipenjarakan oleh penjajah British kerana menerbitkan majalah Taman Bahagia yang menyebarkan semangat merdeka
ž  Tahun 1950-1953 dipenjarakan oleh penjajah British kerana memimpin masyarakat Melayu melancarkan perjuangan menentang keputusan mahkamah kerajaan British di Singapura dalam kes Natrah
ž  pada tahun 1965-66 dipenjarakan oleh Kerajaan Tunku Abdul Rahman kerana dituduh melakukan kegiatan anti-Malaysia. Akibat dari seksaan di dalam penjara

Perjuangan


ž  Beliau telah menyertai KMM dan bersama-sama Rahim Yaacob, Mustapha Hussein dan lain-lain memainkan peranan memimpin dalam pertubuhan tersebut. 
ž  Dr. Burhanuddin Al-Helmy kemudiannya bersama-sama Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam, Ishak Hj. Muhamad (Pak Sako) dan lain-lain menubuhkan PKMM yang merupakan sebuah parti progresif kesinambungan dari KMM yang juga berpegang pada prinsip nasionalis, agama dan sosialis dan berjuang untuk kemerdekaan tanah air.
ž  Beliau telah membentuk PUTERA pada tahun 1947
ž  Gabungan badan-badan politik Melayu progresif ini telah membentuk front persatuan dengan AMCJA.
ž  Di antara kemuncak perjuangannya menuntut kemerdekaan adalah apabila Burhanuddin Al-Helmy sebagai pengerusinya telah menerajui Sepuluh Dasar PUTERA-AMCJA beserta bendera merah putih duabelas bintang kuning sebagai melambangkan Malaya Merdeka.
ž  Mengidap penyakit dan meninggal dunia pada 25 Oktober 1966.

Seorang Demokrat Berperlembagaan 

Selaras dengan dasar PAS mengambil bahagian dalam pilihanraya untuk mendapatkan suara rakyat bagi mengukuhkan perjuangan Islam, Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah menjadi calon PAS dalam pilihanraya 1959. Beliau menang dan menjadi wakil rakyat Pas bagi kerusi Parlimen Besut, Terengganu. 
Pada masa itu sistem pilihanraya Dewan Undangan Negeri dijalankan mengikut negeri ke negeri. Negeri paling akhir selepas Terengganu adalah Kelantan. 
Dengan sistem seperti ini, Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan pimpinan PAS telah menyusun tenaga kerja jentera PAS dipindahkan dari satu negeri ke satu negeri.

Dalam konteks yang lebih luas, Dr. Burhanuddin Al-Helmy juga telah mempertahankan amalan demokrasi di atas dasar Perlembagaan yang sedia ada. Di atas sebab itu beliau menentang penubuhan Malaysia. Baginya, penubuhan Malaysia adalah bertentangan dengan konsep Persekutuan yang memberi ruang yang luas bagi pembangunan setiap negeri di bawahnya. 
Menurutnya, dengan wujudnya Malaysia, maka ”mahu tidak mahu Kelantan menjadi satu bahagian di bawah kekuasaan Malaysia”. Dr. Burhanuddin Al-Helmy mahu kerajaan Pusat bersikap lebih demokratik dengan merundingkan penubuhan Malaysia dengan kerajaan negeri terlebih dahulu. 
Di bawah pimpinannya, kerajaan PAS Kelantan telah mengheret isu Malaysia ke mahkamah bagi mendapatkan injuksi penanguhan pembentukan Malaysia. 
Ternyata pendekatan dan ketokohan Dr. Burhanuddin Al-Helmy serta pemimpin-pemimpin PAS yang lain pada masa itu amat diterima rakyat, khasnya di kalangan kaum Melayu. 

Ditahan dan Merengkok dalam Penjara

ž  Di Turki belaiu ditahan kerana terlibat dalam gerakan anti-British di sana.
ž  Telah menerbitkan majalah Taman Bahagia yang bercorak anti-British
ž  Satu jam selepas edisi pertama majalah ini diterbitkan, beliau ditahan oleh pihak British. Beliau dipenjarakan selama enam bulan.
ž  Pada tahun 1950, Burhanuddin Al-Helmy telah ditahan oleh British akibat Peristiwa Natrah
ž  Dituduh terlibat dalam demonstrasi menentang keputusan Mahkamah Tinggi Singapura yang membenarkan Natrah (Maria Hertogh) dipulangkan kepada keluarga asalnya di Belanda. Dipenjara selama 3 tahuun
ž  Burhanuddin Al-Helmy menentang penubuhan Malaysia pada tahun 1963. Ini menyebabkan dia ditahan di bawah ISA pada bulan Januari 1965 kerana dituduh terlibat dalam kerajaan buangan di Riau, Indonesia.



Sumbangan kepada Gerakan Islam


ž  Sseorang pemimpin politik Islam yang mendahului zamannya.
ž  Seorang yang progresif, realistik, berpandangan global serta sentiasa bertindak berpandukan prinsip-prinsip Islam.
ž  Progresif kerana beliau menolak sebarang bentuk dan unsur kolonialisme.
ž  Beliau realistik kerana beliau sentiasa bersikap terbuka dan bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak – parti politik bukan Melayu atau bukan berasaskan Islam – yang memiliki cita-cita dan tujuan yang sama, iaitu untuk sama-sama mencapai matlamat perjuangan membebaskan rakyat daripada penjajahan. 
Pengalaman silamnya sebelum menerajui PAS yang sentiasa bersedia bekerjasama untuk mengejar cita-cita bersama – iaitu kemerdekaan – telah berjaya menempatkan PAS dalam kancah arus perdana politik negara pada masa itu. 



 


Karya


ž  merangkumi pelbagai bidang seperti perubatan, politik dan tasawuf
ž  Antara karya dalam bidang politik dan tasawuf ialah Perjuangan kita diterbitkan pada tahun 1946,
ž  Falsafah Kebangsaan Melayu (1954)
ž  Ugama dan Politik (1954),
ž  deologi Politik Islam (1957)
ž  Arab Perjalan Politik Tanah Melayu Sekarang (1963)
ž  Simposium Tasawuf dan Tariqat (1972 cetakan ke-2).
ž  Salah satu catatannya dalam Agama dan Politik pada tahun 1954 menyebut: Politik itu berubah-rubah tetapi agama tetap. Agama tidak boleh disesuaikan dengan politik, tetapi politik itulah yang mesti disesuaikan dengan agama. Agama dengan sendirinya berisi berbagai-bagai ragam politik tetapi politik itu bukan agama.

KESIMPULAN

Dr Burhanuddin Al Helmi – Putera Besar Melayu Raya (Zabidin Hj. Ismail 1996: 20) ini disifatkan sebagai pejuang yang berdiri atas tiga teras utama, iaitu perjuangan mencapai kemerdekaan negara, Islam dan kebangsaan Melayu. Dalam bukunyaPerjuangan Kita (1946), Dr Burhanuddin membayangkan pemikirannya berlandaskan kata masyhur Arab yang bermaksud: “Kasihkan watan itu daripada iman.” Berdasarkan kata-kata Arab inilah beliau mengungkapkan konsep pembinaan ummah serta pembentukan negara merdeka.
Jiwa keIslaman yang kental telah membentuk Dr Burhanuddin bersikap lemah lembut, paling sederhana dan merendah diri, disifatkan sebagai seorang pemikir politik Melayu yang berjaya mengsepadukan perjuangan politik Melayu dengan Islam. Baginya, memperjuangkan kebangsaan Melayu beerti memperjuangkan daulah Islam kerana dalam konteks Tanah Melayu, kekuatan Melayu akan membawa kepada kekuatan Islam.
Beliau juga seorang pemidato dan pengarang kitab Islam sentiasa memusatkan perhatian kepada perjuangan menegakkan syiar Islam di bumi Nusantara. Sepanjang hayatnya, Dr Burhanuddin tidak pernah berhenti memikirkan langkah untuk meletakkan Islam ke tahap tertinggi.
Dalam sebuah tulisannya beliau pernah bertanya: “Bagaimanakah kita dapat memulihkan kesakitan dan penderitaan bangsa kita? Dan bagaimanakah kita akan mengembalikan agama kita hingga Islam dapat berjalan menurut yang dikehendaki Allah, jika belum bebas merdeka dan berdaulat. Tentu tidak boleh , melainkan sudah bebas merdeka dan berdaulat.” Demikian rintihan hati seorang tokoh politik Melayu.

No comments:

Post a Comment