Saturday, 19 October 2013

USAHAWAN MARA PIZZA PAH

PREPARED FOR: Dr Azwani Ismail

GROUP 1
  1. Atifah Aliah Mohd Ishak [BDA11-07-1360]
  2. Fatin Farhanah Saifuddin [BDA11-07-1366]
  3. Nurhaziera Aziz [BDA11-07-1398]
  4. Nor Hasmiza Ahmad [BDA11-07-1390]



PIZZA PAH FOOD SDN BHD



Latar belakang Usahawan Pizza Pah
Sejarah Pizza Pah Foods Sdn Bhd (Pizza Pah) bermula pada tahun 1997 apabila Puan Sharifah Rofiah bt. Hj. Syed Hassan (founder) mula menjual piza secara kecil-kecilan kepada kawan-kawan dari kilang mini di rumah beliau di Bandar Baru Bangi, Selangor. 

Puan Sharifah Rofiah mendapat pendidikan awal dalam bidang "bakery" di New Zealand pada tahun 1984/85. Setelah pulang ke tanah air, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang "Bakery"  dan "Sugarcraft" di Fakulti Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia pada 1996/97.
Modal permulaan lebih kurang RM15,000.00 telah digunakan  untuk membeli peralatan asas seperti mesin pengadun roti (dough mixer), ketuhar letrik (electric oven) dan membina kilang mini di bahagian belakang rumah kediaman.
Bahkan jenama "Pizza Pahitu sendiri hasil daripada  pangilan  kawan-kawan  'piza yang Pah buat'

BUKTI MENDAPAT BIMBINGAN DAN PINJAMAN MARA





Faktor Kejayan Beliau
Piza  sejukbeku keluaran Pizza Pah telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan sehingga  kilang mini di rumah tidak lagi mampu mengeluarkan piza yang mencukupi.
Berikutan dengan peningkatan pengeluaran, edaran piza sejukbeku diperluaskan ke seluruh negara termasuk Sarawak dan Sabah.
Pizza Pah merupakan pengeluar piza sejukbeku Bumiputra Islam pertama di Malaysia. 
Iklan piza dalam televisyen kira-kira 25 tahun dahulu memberi inspirasi kepada beliau betapa makanan Itali bakal menjadi kegemaran rakyat Malaysia pada masa akan datang.
Beliau juga tidak jemu mencipta pelbagai resipi makanan popular dari Itali.
Dorongan dari suami iaitu Syed Mohamed Syed Ibrahim turut menumbang kepada kejayaan Sharifah Rofiah.



Sumbangan dan Kejayaan Pizza Pah

November  1998, perniagaan Pizza Pah didaftarkan sebagai peniagaan Pemilik Tunggal dengan nama Pizza Pah Enterprise (No. Daftar 1168393 A).  Tahun 1998 juga Pizza Pah  mula menghantar piza sejukbeku ke kedai-kedai runcit di sekitar Bandar Baru Bangi, Selangor.
 Tahun 2000 hingga 2002, Pizza Pah rancak membuat jualan promosi di sekitar Bandar Baru Bangi dan di dalam Kompleks PKNS Bangi, Bandar Baru Bangi, Selangor. 
Pada tahun  2003, Pizza Pah menyewa lot promosi secara tetap di Tingkat 1, Kompleks PKNS Bangi. September 2005, lot promosi ditukarkan kepada lot kekal "Kiosk Pizza Pah".
Pada Mac 2004, operasi membuat pizza telah dipindahkan ke kilang sekarang yang terletak di No.21 & 23, Jalan Hentian 4, Pusat Hentian Kajang, Off Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor. Pizza Pah hanya menyewa satu lot (No.23) sahaja di awal operasi (2004). 
Pada tahun 2009, lot bersebelah (Lot 21)  telah disewa menjadikan keluasan kilang berjumlah dua lot kedai.
Disember 2009, Kiosk Pizza Pah dinaiktaraf menjadi Kafe Pizza Pah sehingga  sekarang.



Rujukan:
Temubual bersama En Mohd Syed pada 12 September 2013 di CafĂ© Pizza Pah di Jalan Reko Hentian Kajang.










No comments:

Post a Comment