Monday, 21 October 2013

BAHAYA KOMUNIS TERHADAP MALAYSIA















GROUP

CHE NOR IRYANI BINTI CHE ISMAIL            BDA11-07-1363
FATIN NURSYAHIRA BINTI MUSTAFFA        BDA11-07-1420
NUR ARIFAH AMNI BINTI HASNAN              BDA11-07-1395
NUR NADIA BINTI AMINUDDIN                     BDA11-07-1418    







SEKALUNG PENGHARGAAN

        Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA dapatlah kumpulan kami menyiapkan tugasan yang telah diberikan pada masa yang telah ditetapkan.

         Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Dr Azwani Binti Ismail kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar, panduan dan bantuan kepada kumpulan kami sepanjang menyiapkan tugasan .

      Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang memberi kami pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus  ini.Mereka telah  memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai kami berjaya menghabiskan tugasan ini.

        
       Tidak lupa juga, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakanseperjuangan terutamanya kepada Azium Nor, Hawa Adzhar, Masturah Aqilah, Liyana Hairary, Siti Nur aien yang turut sama membantu secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan  di Arkib Negara. Semoga segala tunjuk ajar dan bantuan kalian dapat diaplikasikan pada masa hadapan dan kami amat menghargainya.

       Akhir sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Arkib Negara kerana telah membantu kami dalam mencari bahan-bahan yang diperlukan oleh kami untuk menyiapkan tugasan ini,

     Pengalaman di Arkib Negara ini merupakan satu pengalaman baru dan cukup menarik bagi kumpulan kami yang tidak akan kami lupakan.

Sekian Terima Kasih
1

PENGENALAN

Mungkin ramai dari kalangan kita yang sudah lupa atau tidak tahu bahawa suatu masa dahulu sudah ada usaha atau idealisme untuk menubuhkan sebuah Negara atau Republik Komunis Malaya oleh PKM [Parti Komunis Malaya].

Oleh kerana kita semua tidak membaca atau menghayati sejarah perjuangan bangsa, maka kita mudah terkeliru dengan dakyah musuh-musuh kita yang sememangnya suka memutar belitkan sejarah.

Ada yang mendakwa pejuang melayu awal menuntut kemerdekaan bukanlah pejuang kemerdekaan sebenar, malah mereka menuduh para pejuang awal sanggup bersekongkol dengan British demi untuk mencapai kemerdekaan negara seterusnya mengikut telunjuk penjajah dalam membentuk sebuah Negara Bangsa. Lebih teruk dan malang lagi bila mereka mula mengagung-agungkan perjuangan Komunis dalam usaha mencapai kemerdekaan Negara ini walhal mereka tidak tahu atau sengaja menyembunyikan fakta bahawa yang menubuhkan Pasukan Tentera Anti-Jepun atau MPAJA adalah Komunis [ PKM ]. Penubuhan MPAJA juga turut direstui , malah disokong penuh oleh British.

Mereka juga terlupa atau telah buat-buat lupa bahawa British pernah mengiktiraf PKM pada tahun 1942.

Mereka jangan lupa bahawa mereka juga pernah dibekalkan oleh tentera British yang berpengkalan di Ceylon (Sri Lanka) dan India dengan senjata, peluru, bahan letupan, peralatan perang, makanan, peralatan radio wireles dan sumber kewangan.

Semua bekalan dihantar oleh tentera British kepada gerila Komunis MPAJA melalui kapal selam dan pengguguran dengan payung terjun.

Setelah tentera Jepun kalah perang, tentera British kembali ke Tanah Melayu, telah meminta anggota MPAJA untuk meletak senjata dan memulangkan semula semua kelengkapan yang pernah diberikan untuk menentang Jepun sebelumnya, tetapi sayap bersenjata PKM enggan .Ini adalah kerana agenda besar mereka adalah untuk menubuhkan sebuah Negara Komunis di Tanah Melayu masih belum tercapai.

Maka , sejak dari itu bermulalah penentangan PKM terhadap tentera British di Tanah Melayu.PKM yang ketika itu dipimpin oleh Chin Peng sebagai Setiausaha Agungnya, memulakan penentangan bersenjata terhadap tentera British di Tanah Melayu pada tahun 1948 berakhir selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan iaitu hingga tahun 1960.
PENUTUP

           Pemberontakan bersenjata oleh PKM merupakan cabaran besar pada
British dalam menghadapi ideologi Komunisme. Pada ketika yang sama
berlakunya Perang Dingin dan kuasa-kuasa besar dunia telah berpecah
kepada dua pakatan kuasa yang memperjuang ideologi Komunisme dan
Demokrasi.

           Maka menjadi tanggungjawab kerajaan British di TanahMelayu untuk membetulkan keadaan dengan memastikan kekuatan demokrasi barat dapat mengatasi kuasa kuku besi Komunisme.  PKM yang baru mendapat Setiausaha Agong yang baru iaitu Chin Peng, sangat terangsang pada ketika itu dengan kejayaan Parti Komunis China di tanah besar China dan bercita-cita untuk menubuhkan Republik Soviet Malaya. Justeru, keadaan sangat genting pada ketika itu bagi keduadua belah pihak. Biarpun diangggap sebagai karektor yang kontroversi,kepimpinan Templer telah membuktikan banyak perubahan telah
dilakukan terhadap situasi darurat di Tanah Melayu.
      
         PKM berkongsi kepentingan yang besar dalam mengurangkan ancaman PKM kepada Tanah Melayu sekali gus membuka jalan kepada kerajaan untuk
menumpukan perhatian yang lebih kepada usaha-usaha pembangunan
politik, ekonomi dan sosial di negara ini yang akhirnya membawa kepada
kemerdekaan. Sejak dari itu Malaysia telah banyak memperoleh kejayaan
dan berada pada landasan yang tepat untuk mencipta kecemerlangan.
Kemerdekaan telah berjaya memberikan kita mutu kehidupan yang
selesa dengan pelbagai peluang yang terbuka luas.

        Negara kita telah mampu membina kedudukan yang kukuh dalam semua bidang standing dengan negara-negara barat, sama ada dari sudut politik, ekonomi mahupun sosial agar generasi akan datang dapat menikmati kehidupan yang lebih baik. Rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk memelihara dan meneruskan kesinambungan usaha-usaha yang telah dijayakan oleh generasi terdahulu. Darurat mengajar erti perpaduan, kerjasama dan keburukan Komunisme.

        
            Kesemua pihak yang mempunyai kepentingandi negara ini, bermula daripada pemimpin, tenaga kerja kerajaan, swasta,mahupun golongan profesional, buruh, petani dan belia,kesemuanya mempunyai tanggungjawab yang besar serta penting untuk mewarnakan dan mencorakkan masa depan Malaysia hasil daripada kemerdekaan yang telah di kecapi dalam tempoh lebih 56 tahun ini. Golongan muda khususnya, tidak sepatutnya lupa akan pengorbanan generasi terdahulu untuk memerdekakan negara ini selepas dijajah ratusan tahun lamanya.

           Menghayati sejarah perjuangan bangsa menjadi satu tugas penting
manakala memupuk semangat cinta akan negara perlu diteruskan dan
dihayati dengan lebih mendalam kerana golongan muda mudi inilah yang
akan membawa nasib negara di masa akan datang agar kemerdekaan dan
kemasyhuran negara Malaysia akan terus gah di persada dunia setaraf
dengan perjalanan ke arah kemerdekaan yang telah dilalui oleh pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu. Kemerdekaan yang dipertahankan
ini amat besar ertinya dan segala-galanya bermula dengan golongan
pascamerdeka yang akan terus mewarnainya. Kemerdekaan adalah
lambang kebebasan, kedaulatan, kekuatan dan kejayaan kepada setiap
daripada kita iaitu warganegara yang bernaung di bawahnya.















LAMPIRAN

IMG-20130801-WA0005.jpg





IMG-20130801-WA0009.jpg



IMG-20130801-WA0003.jpg


IMG-20130801-WA0004.jpg
RUJUKAN

1.   ARKIB NEGARA

http://www.arkib.gov.my/image/image_gallery?uuid=1aff028b-077a-48d7-8d72-7ed52e0afc6e&groupId=46298&t=1313508766838


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEicL5XtvrNRhSSifxAQrN3ov_6-dU6B2ahL_ihroF7rnNE-0Klsk437Z1bOe0Kyk4XbZNzA5J_Hcg0X-7_6P7H0yw819Pgf1jCT1occ14GACK2SWcoSAEuk8Z3mUgTvAhpw3kdkB7ozj333/s1600/IMG_7671.JPG





     



No comments:

Post a Comment