Sunday, 20 October 2013

PENGAJIAN MALAYSIA MPW (1133)



PENGAJIAN MALAYSIA MPW (1133)TUGASAN ARKIB 


NURHAWA ADZHAR                                                          BDA 11-07-1401
MASTURAH 'AQILAH MUSA                                              BDA 11-07-1373
SITI NURAIN KAMARUZAMAN                                           BDA 11-07-1419
AZIUM NOR FADZILAH                                                     BDA 11-07-1362


LATAR BELAKANG MASYARAKAT MELAYU & DASAR PECAH PERINTAH

Pengenalan

Untuk mengetahui asal usul kehidupan dan bahasa kita perlu mengetahui asal-usul penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal-usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur. Akan tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno.

Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara. Mari kita lihat beberapa bukti bagi menyokong teori ini.

Konsep Tamadun Melayu

Tamadun Melayu ialah sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang-orang Melayu dan bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti Gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago) atau Gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu, Tanah Jawi dan sebagainya. 

Dua elemen yang menjadi faktor utama yang mewarnai wilayah ini sebagai Melayu ialah pertama, bahasa Melayu yang menjadi lingua franca atau bahasa perhubungan luas di seluruh kawasan ini, dan kedua, agama Islam yang dianuti oleh majoriti penduduknya. Islam juga disampaikan dengan perantaraan bahasa Melayu dengan kitab-kitabnya tertulis di dalam tulisan Jawi. 


Asal Usul Masyarakat Melayu


           Istilah Melayu boleh juga ditakrifkan berdasarkan rumpun bangsa dan bahasanya iaitu Melayu tergolong di dalam cabang Melayu-Indonesia yang bergabung  bersama-samanya suku Jawa, Sunda, Madura, Aceh, Minangkabau, Sasak, Melanau, Iban, Bajau, Murut, Bugis, Melanau, Sulu dan sebagainya. Cabang Melayu-Indonesia terangkum pula di dalam Rumpun Bahasa Austronesia daripada keluarga bahasa sumbernya iaitu Keluarga Bahasa Austric.


Asal usul bangsa melayu merupakan sesuatu yang sukar di tentukan,walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan pekara ini,tetapi kata sepakat antara sarjana belum dicapai. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal usul bangsa melayu iaitu

(a) bangsa Melayu berasal dari Yunnan (Teori Yunnan )
      (b) bangsa Melayu berasal dari Nusantara (Teori Nusantara).

Selain itu ada juga pendapat yang mengatakan bahawa orang minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh,iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara sungai Jambi dan Palembang,semasa banjir besar berlaku di bumi.tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.

Teori ini disokong oleh :

R.H.Geldern, J.H.C KernJ.R Foster ,J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar.

Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti :

a) Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah di Kepulauan Melayu .perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk dari Asia Tengah ke Kepulauan Melayu;

b) Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar);

c)  Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di kemboja. Lebih lanjut lagi,penduduk di Kemboja mungkin berasal dari dataran Yunnan dengan menyusuri sungai Mekong.perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunnan. Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum,contohnya dalam buku Teks Pengajian Malaysia adapun menyatakan ”nenek moyang” orang melayu itu berasal dari Yunnan


Berdasarkan teori ini.dikatakan orang melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama,iaitu orang Negrito,Melayu Proto,dan juga Melayu Deutro.

Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto yang berlaku kira-kira 2500 tahun Sebelum Masehi,Kira-kira dalam tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro.

 Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini menyebabkan orang-orang Melayu-Proto seperti orang-orang Jakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan pedalaman. Justeru itu, Melayu-Deutro ini merupakan masyarakat Melayu yang ada pada masa kini.

i)Orang Negrito

Orang Neggrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu,dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunnan dan mereka dikatakan berada di sini sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan.

 Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut kerinting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek, keturunannya orang Asli di semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.

Menurut pendapat Asmah Haji Omar sebelum perpindahan penduduk dari Asia berlaku,kepuluan melayu (Nusantara) ini telah ada penghuninya yang kemudian di namai sebagai penduduk asli, ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa mereka yang tinggal di semenanjung Tanah Melayu ini dikenali sebagai orang Negrito. Orang Negrito ini diperkirakan telah ada sejak tahun 8000 SM (sebelum masihi ). 

Mereka tinggal di dalam gua dan mata pencarian mereka memburu binatang. Alat perburuan mereka diperbuat daripada batu dan zaman ini di sebut sebagai zaman Batu pertengahan. Di kedah sebagai contoh,pada tahun 5000 SM, iaitu pada zaman paleolit dan mesolit, telah didiami oleh orang Austronesia yang menurunkan orang Negerito,Sakai,Semai dan sebagainya.

ii)Melayu Proto

Asal yang kedua ialah Melayu-Proto,Berdasarkan pendapat yang mengatakan bahawa orang melayu ini berasal dari Asia Tengah, perpindahan tersebut (yang pertama) diperkirakan pada tahun 2500 SM, mereka ini kemudian dinamai sebagai Melayu-Proto, peradaban orang melayu-proto ini lebih maju sedikit daripada orang Negrito. Orang Melayu-proto telah pandai membuat alat bercucuk tanam, membuat barang pecah belah, dan alat perhiasan kehidupan mereka berpindah randah.

iii) Melayu Deutro

Kumpulan ketiga dikenali sebagai Melayu Deutro. Perpindahan penduduk yang kedua dari Asia yang dikatakan dari daerah Yunan diperkirakan berlaku pada tahun 1500 SM. Mereka dinamai Melayu-Deutro dan telah mempunyai peradaban yang lebih maju daripada melayu proto. Melayu-Deutro telah mengenalkan kebudayaan logam. Mereka telah menggunakan alat perburuan dan pertanian daripada besi. Zaman mereka ini dinamai Zaman Logam, mereka hidup di tepi pantai dan menyebar hampir di seluruh kepulauan melayu ini.

Keturunannya orang Melayu di Malaysia dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.  Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.  Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.  Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara. Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia. Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.

iv)Teori Nusantara

Teori ini disoking oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah:

(i) Bangsa Melayu dan Bangsa Kawa mempunyai tamadun yang tinggi. 
Pada abab ke 19,taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Pekara ini menunjukan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana,tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.


(ii) K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa, baginya persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena ”ambilan”.

(iii) Manusia Kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di pulau jawa. Penemuan manusia kuno ini di pulau jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian .

(iv) Bahasa di Nusantara (Bahasa Austrinesia ) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah) 




  
KESENIAN

Seni Dan Tamadun Melayu 




            Konsep seni boleh difahamkan dengan meneliti beberapa penegasan mengenainya, antaranya, bahawa seni itu merupakan buatan manusia yang dihasilkan dari fitrah akal, budi dan perasaan. Seni itu merupakan kegiatan manusia yang mempunyai waktu senggang dan hasil seni itu menimbulkan perasaan menyenangkan penciptanya dan penatapnya. Seni itu mengekspresikan alam sekitar dan budaya manusianya sebagai pencetus atau pendorong penciptaannya. Justeru seni itu merupakan kegiatan bangsa yang maju iaitu menunjukkan wujudnya tamadun atau peradaban. 



Definasi Seni
           

           Menurut ahli falsafah Yunani misalnya Aristotle menyatakan bahawa seni sebagai peniruan bentuk alam di mana penciptanya turut menyertakan ideanya dalam peniruan tentang alam itu. Everyman Encyclope mentakrifkan seni sebagai sesuatu yang dilakukan orang yang bukan merupakan keperluan asas melainkan dilakukan kerana kemewahan, kenikmatan atau dorongan kerohanian. Herbert Read pula mengaitkan keindahan kepada kesatuan hubungan bentuk-bentuk, sebagai hasil ekspresi yang mengutamakan dua proses aktiviti iaitu proses fizikal dan proses psikologikal. Monroe Breadsky menghubungkan seni dan keindahan kepada suatu benda yang memiliki kesan yang menyenangkan. 




            Rumusannya, seni ialah buatan manusia yang berkemampuan untuk menimbulkan kesan atau efek psikologis ke atas manusia lain yang melihat dan menikmatinya. Efek psikologis yang dimaksudkan mencakupi segala tanggapan melalui pengamatan, pengenalan dan imaginasi yang rasional atau emosional. 



Seni Dan Kehidupan 

            Dalam konteks penghasilan seni dengan ketamadunan, daya usaha seseorang seniman Islam diberi erti pula melalui hubungannya dengan alam sekitar dan nilai agamanya. Tukang dan seniman Melayu turut menyalurkan kreativiti seni dengan matlamat "demi Tuhan", seperti usaha menyalin semula Al-Quran dengan bertulis tangan, menggubah lagu untuk nyanyian puji-pujian terhadap Allah s.w.t. dan Nabi, seperti lagu nasyid. Daya inspirasi dan usaha mereka juga didorong oleh kepuasan dimana hasil itu sebagai ekspresi rohani jiwa Islam, umpamanya dalam penghasilan seni ukir, apabila ayat-ayat Al-Quran diukir pada kayu bagi menghasilkan seni kaligrafi, dipahat atas batu, dan diukir atas dinding-dinding rumah.  

                                 


            Menjelang kurun ke-13,14 dan 15, dunia Melayu (Alam Melayu) telah mempunyai beberapa buah kesultanan Melayu Islam iaitu di Pulau Sumatera, selatan Thailand dan Semenanjung Tanah Melayu, Borneo, Pulau Jawa, Sulawesi dan Kepulauan Maluku, dan Kepulauan Filipina. Kerajaan-kerajaan ini telah menaungi pelbagai kegiatan keseniaan seperti kegiatan hasil seni rupa dalam bentuk kaligrafi, lukisan, ukiran, anyaman, tenunan, dan seni persembahan antaranya dalam bentuk pengucapan, muzik, tarian, bercerita dan seni lakon. Istana raja-raja Melayu Islam sebagai pusat kebudayaan telah berperanan menjadi penaung kepada kegiatan seni sebagai salah satu ciri dalam tamadun Melayu. 



            Menjelang kurun ke-15, dunia Melayu sudah menjadi laluan utama budaya dan perdagangan dari luar sama ada dari negara-negara di bahagian dunia timur atau barat. Ini kerana dunia Melayu dari segi geografi, berkedudukan strategik terletak di pertengahan jalan laut (Jalan Sutera Maritime antara kedua kawasan utama ini. Perdagangan merupakan faktor yang turut membawa pengaruh dalam pembentukan seni budaya Melayu. Umpamanya dari negara China dibawa masuk kain dan benang sutera, dari India kain dan benang kapas, serta pewarna, dari Eropah kertas dan dakwat, dan dari Timur Tengah kain bertekat dan bertenun benang emas. Barang dagangan tersebut membuka peluang baru dalam berkarya dengan daya kreativiti manusia Melayu. 


            Dari hubungan ini terhasil bentuk-bentuk seni tekstil seperti kain songket, kain sutera, kain limar, kain batik, walaupun terdapat juga hasil kain yang memang asali tempatan antaranya kain pua dan kain tenun. Melalui hubungan ini juga terhasil bentuk-bentuk seni khat yang diupayakan sebagai kerajinan tangan hingga menghasilkan manuskrip dan kitab bertulis tangan. Seni tekat, ikat dan ceiup warna (tie and dye), dan seni anyaman bakul, tikar, kelarai juga sebagai hasil kraf Melayu. 





             Alam semulajadi ialah sumber utama kreativiti seni orang Melayu. Oleh itu peniruan alam mencakupi unsurflora dun fauna. Kreasi yang berpolakan flora dan fauna dihias pula dengan motif dari sumber yang sama. Contoh motif dan pola flora seperti pola bunga tabur yang terisi dalam pilihan motif bunga-bunga kecil seperti bunga cempaka, lawang, cengkeh, ketumbit. Ada juga bentuk pola bunga-bunga renik yang disusun dalam pola rangkaian empat persegi atau berantai. Terdapat juga motif dan pola dari daun dan pohon, umpamanya pola batang atau dahan yang menjalar, dengan pengisian motif seperti daun dan bunga kangkong, daun dan buah peria dan sulur keladi. 

               
            Pola dan motif fauna, iaitu haiwan darat dan laut, juga digemari sebagai pola dan motif penghias bahan ukiran kayu, terutama pada bahagian tinggi seperti pada bumbung rumah, pada kenderaan seperti perahu dan pada perabot rumah. Contoh pilihan fauna sebagai penghias dalam bentuk pola dan motif dalam seni hias Melayu pada rumah dan peralatan rumah ialah binatang darat, seperti cicak, burung, serangga; dan dari binatang laut, seperti kuda laut, ikan, yang semuanya dibentuk secara tiruan yang berusaha mematuhi bentuk asalnya atau diabstrakkan dengan hanya mengambil bentuk kasarnya. 




            Terdapat juga peniruan dari alam semula jadi seperti langit, awan, bulan, bintang, bukit dan seumpamanya yang kemudian direka cipta dalam bentuk motif dan pola geometri seperti yang terdapat pada hasil seni bina Melayu iaitu jenis pagar, tangga, tiang, dinding dan atap yang berunsurkan tebukan dan ukiran kaligrafi, awan berarak, bulan dan bintang, bulan sabit, yang dipolakan dalam bentuk susunan dan gandingan. Antara bentuk pola yang popular ialah pola bentuk potong wajik, silang beratur dan seumpamanya. Kuih-muih Melayu juga dihias pemotongan atau pembentukannya dengan cara dipotong bentuk -wajik, empat segi, tiga segi, dibentuk bulat, bujur dan seumpamanya supaya nampak seni. 




Ciri-Ciri Hasil Seni Melayu 



            Sesuatu hasil seni bahkan mampu menampilkan kemahiran, kegemaran, dan kemajuan kreasi dan pengkaryanya melalui proses dan hasil seni itu, terutama jika hasil itu menjadi keperluan yang disenangi dan berguna. Sesuatu hasil seni itu mampu menyatakan 'alamnya', baik alam luaran (rupa) dan alam dalaman (jiwa). Umpamanya, kerajinan tangan orang Melayu telah menghasilkan seni tampak yang khusus. Sebagai contoh, kendi, tempayan, dan labu adalah nama- nama untuk bekas pengisi air yang meniru bentuk buah-buahan dan sayuran tempatan. Contoh lain umpamanya dalam pembentukan rupa senjata yang juga merujuk kepada fauna atau bahagian-bahagiannya yang kelihatan pada hulu atau mata peralatan senjata tradisional seperti pisau (lawi ayam) keris, lembing, parang dan meriam. 





            Seni bina Melayu dalam menghasilkan bangunan bukan sahaja menjadi tempat pelindungan bagi orang Melayu tetapi menampilkan wajahnya yang sesuai dengan fungsinya. Umpamanya masjid yang terisi dengan mimbar, telaga atau pancur air untuk tempat berwuduk dan bumbung yang khusus bentuknya memberikannya ciri seni bina masjid. Istana golongan raja-raja perlu pula diseri dengan balairong penghadapan, tempat persemayaman diraja, balai istiadat dan 

seumpamanya.

Batu nisan di perkuburan turut diolah dengan atur letak dan nukilan yang mencerminkan rupa dan jiwa manusia Melayu. 



            Seni persembahan orang Melayu menampilkan kelembutan dan kesopanan wanita Melayu, dan sebaliknya ketampanan dan ketangkasan lelaki Melayu. Gubahan gerak dan bentuk tari Melayu seperti tari menghadap rebab, tari makyong, tari gamelan, tarian inai, tarian inang dan tarian lilin menampilkan kelembutan dan kesopanan. Sementara itu tarian dabus, silat, kuda kepang, barongan dan zapin umpamanya mengutamakan ketangkasan dan kelincahan pada geraknya. Alat muzik yang merupakan seni persembahan muzik untuk mengiringi seni nyanyi,.  Rebab gendang dan gong, kompang, serunai dan sending adalah bentuk-bentuk alat muzik orang Melayu yang ada kelainannya jika dibandingkan dengan alat- alat muzik dari jenis yang sama dari budaya lain, biarpun masing-masing menggunakan prinsip bunyi yang sama, iaitu sama ada dengan penggunaan tali, tiupan, atau pukulan. 

          
                                        
Seni tekstil dan busana Melayu turut menjadi suatu keunikan yang tersendiri dalam penampilan rupanya. Sebagai contoh, seni tekstil kerajinan tenun orang Melayu melahirkan bentuk-bentuk antaranya seperti kain pua, kain sampin, kain selendang, dan kain limar. Daripada keperluan berbusana terhasil pula kerajinan tangan untuk alat hiasan berbusana, seperti butang baju, pending dan tali pinggang, dokoh untuk penutup dan penghias dada, pemelih, bunga malai, tiara, mahkota untuk hiasan di kepala bagi wanita, dan tanjak, songkok, terendak, ikat, setangan dan seumpamanya untuk lelaki. Terdapat juga wangi-wangian seperti bunga rampai. Pakaian alas kaki pula seperti capal, selipar, kasut, terompah dan seumpamanya. 




            Seni dalam tamadun Melayu Islam mempamerkan kerajinan, kreativiti dan pemikiran orang Melayu dengan menentukan pengisian hasil seni itu sama ada untuk kegunaan harian, untuk upacara dan adat istiadat, atau untuk hiasan dan warisan. 



BUDAYA DALAM ORGANISASI MASYARAKAT MELAYU

Budaya merujuk kepada falsafah yang berkaitan dengan perilaku, tindakan dan pembawaan yang secocok dengan adat resam dan kebiasaan manusia. Ia juga berkait rapat dengan aspek-aspek norma dari moral tertentu yang disepakati dan diterima bersama oleh sesuatu masyarakat. Dengan itu budaya boleh dikaitkan dengan ciri-ciri sifat, sikap dan kebiasaan individu, masyarakat atau bangsa. Dan budaya inilah yang menentukan kedudukan mereka sama ada berjaya, cemerlang, gagal atau mundur.


    Salah satu daripada elemen budaya ialah kerjasama dan permuafakatan. Semangat kekitaan da rasa kekitaan dan rasa setiakawan ialah antara aspek yang sangat rapat dengan cara hidup masyarakat dan budaya orang timur. Dalam konteks masyarakat Melayu misalnya, secara tradisinya sememangnya kuat berpegang kepada amalan gotong royong, tolong-menolong, berkerjasama dan bermuafakat dalam menyempurnakan keperluan hidup. Misalnya mereka bekerjasama untuk membina rumah, membersihkan perkuburan, melangsungkan kenduri-kendara, menyempurnakan jenazah dan sebagainya. Menerusi hubungan baik dan harmoni, permuafakatan mudah diperolehi untuk melaksanakan amalan kebajikan dan mencegah kebatilan. Oleh itu sentimen kepunyaan, obligasi sosial dan kesetiaan komuniti adalah amalan yang menjadi darah daging masyarakat Melayu tradisi.


Hari ini, dampak modenisasi dan globalisasi telah menjalar ke serata pelusuk desa sehingga menjejaskan amalan dan budaya masyarakat tani. Oleh itu nilai-nilai kolektiviti dan pemuafakatan semakin luntur digantikan dengan budaya material dan konsumerisme. Meskipun demikian, kajian-kajian kemasyarakatan yamg dilakukan mendapati bahawa masyarakat Melayu sama ada di desa mahupun di Bandar, tidak mudah untuk meninggalkan sepenuhnya amalan tradisi seperti kerjasama dan tolong-menolong dalam kehidupan seharian.Perbincangan Labov Bailey, Wolfran, Cedergren dan Sankoffs, merupakan antara beberapa sarjana bahasa yang mengkaji perkaitan antara masyarakat dan bahasa. Minat mereka ialah untuk mendapatkan makumat tentang masyarakat dengan mengkaji bahasa masyarakat tersebut. Mereka menggunakan pendekatan sosiologi dan statistik. Di dalam masyarakat Melayu wujud pepatah seperti 'bahasa menunjukkan bangsa'. 

Ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu dapat memaparkan maklumat jati diri mengenai bahasa Melayu. Sebagai contoh bahasa istana memberi sedikit gambaran tentang bahasa sapaan di istana. Kata-kata seperti "Ampun Tuanku", "patik", Junjung Kasih" dan sebgainya, digunakan pada zaman dahulu sehingga sekarang. Ini menunjukkan bahawa bahasa ini kekal dan digunakan di dalam upacara adat istiadat istana. Bahasa halus (eufimia) yang digunakan ini memaparkan kesopanan, kesantunan dean ketertiban jati diri bangsa Melayu terutama dalam di dalam upacara yang peuh dengan adat dan istiadat itu. Bahasa sapaan yang betul, tepat dan bersesuaian digunakan pada ketua negeri, orang besar-besar, pemimpin-pemimpin negeri dan orang kenamaan negara menunjukkan ketertiban susunan protokol jati diri masyarakat Melayu sejak zaman dahulu sehingga sekarang


KEMUNCULAN PUSAT-PUSAT TAMADUN MELAYU PADA ZAMAN ISLAM
Dalam konteks kemasukan atau kedatangan agama Islam ke rantau ini, terdapat tiga teori mengenainya yang telah dikemukakan oleh beberapa orang sarjana. Teori-teori ini menunjukkan perbezaan pendapat mengenai tarikh dan punca kedatangannya, dan juga kawasan manakah yang menerima agama Islam. Teori pertama menyatakan bahawa Islam dibawa terus dari Semenanjung Tanah Arab pada kurun ke-7. Teori ini dikemukakan oleh John Crawford dan juga oleh Niemann dan de Hollander yang seterusnya mendapat sokongan "Seminar Masuknya Islam ke Indonesia" dan juga Prof. S. M. Naquib al-Attas. Pendapat ini berdasarkan antaranya, kegiatan hubungan perdagangan orang Arab dengan Alam Melayu sejak zaman sebelum munculnya Islam di Semenanjung Tanah Arab. 

Ini diperkukuh dengan laporan yang menyatakan hakikat bahawa telah terdapat beberapa buah perkampungan atau koloni orang Islam berketurunan Arab di kawasan pantai timur dan barat Sumatera seperti tercatat dalam dokumen kerajaan China. Selain itu, S. M. Naquib al-Attas menegaskan hakikat bahawa kandungan persuratan Melayu Islam dengan konsep dan istilah dan sistem tulisan Jawi yang digunakan menunjukkan sumber Arab atau Timur Tengah sebagai puncanya.

Teori kedua menyatakan Islam dibawa daripada China melalui Canton dan Hainan pada kurun ke-9. Teori ini dipelopori oleh seorang penults Sepanyol, Emanuel Godinho de Eredia. Antara bukti dan hujah rasional yang dikemukakan ialah penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di Brunei bertarikh 1048, di Laren,Jawa bertarikh 1082, dan batu bersurat di Terengganu bertarikh 1303. Kesemua bukti sejarah ini mencatatkan adanya masyarakat Islam dan menunjukkan arah kedatangan Islam ke rantau ini melalui negara China. Ini diperkukuhkan dengan hujah bahawa wujudnya hubungan perdagangan di antara Tanah Arab dengan negara China yang membawa kepada kemasukan agama Islam ke negeri China. Daripada negeri China, Islam telah dibawa ke Alam Melayu.

Teori ketiga punca kedatangan Islam adalah daripada India melalui Gujerat. Teori ini telah dikemukakan oleh seorang sarjana Belanda Pijnappel yang diperkukuh oleh Snouck Hurgronje dan J. P. Moquette. Teori ini didasarkan pada bukti bahawa wujudnya persamaan batu nisan yang ditemui di Pasai iaitu batu nisan Sultan Malik al-Saleh bertarikh tahun 1297 dan batu nisan Maulana Malik Ibrahim di GrisekJawa dengan yang di Gujerat India namun ini ditentang hebat oleh G. E. Marrison. Pendapat ini diperkukuh dengan wujudnya hubungan perdagangan di antara India dengan rantau ini sejak zaman pra-Islam lagi. Apabila agama Islam bertapak kukuh di India, pedagang-pedagang India yang telah memeluk agama Islam, datang berdagang ke Asia Tenggara dengan membawa Islam bersama-sama mereka dan menyebarkannya. Secara umumnya, ketiga-tiga teori ini telah membuktikan secara mutlak bahawa agama Islam telah dibawa masuk ke rantau Asia Tenggara dan ini telah membuahkan interaksi antara tamadun.

Siapakah yang memainkan peranan dan, bagaimanakah agama Islam dapat tersebar di Alam Melayu?

            Peranan menyebarkan agama Islam telah dijalankan oleh beberapa golongan, iaitu para pedagang yang juga pendakwah (ada yang berkahwin dengan wanita tempatan dan melahirkan zuriat penyebar Islam seterusnya). Juga golongan bangsawan tempatan yang terawal memeluk agama Islam, menyebarkannya kepada rakyat/pengikutnya. Para mubaligh, pendakwah, ulama dan ahli sufi juga berperanan menyebarkan Islam secara hikmah dengan akhlak yang mulia, rasional dan bijaksana. 

Melalui penyebaran ini, maka muncullah kerajaan-kerajaan Melayu Islam seperti Perlak-Samudera-Pasai (840) dan kemudiannya kerajaan Islam Aceh (1507), Minangkabau (1500) di Sumatera, Kesultanan Melayu Melaka (1400-1511), Kerajaan Johor-Riau-Lingga (1673), Patani di Selatan Thailand (1500); Brunei (1480), Sambas (1580); Demak (1450), Bantan (1572), Sunda Kelapa (1527) dan Mataram (1586) di Pulau Jawa, Makassar (1600), Ternate (1490), Sulu (1450) dan Magindanao (1490) di Indoesia timur. Manakala di Tanah Besar Asia Tenggara, muncul Campa di Indo-China. 

Kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu Islam ini menunjukkan juga peranan yang dimainkan oleh raja dan golongan pemerintah melalui istana dengan memberikan naungan kepada Islam. Kerajaan-kerajaan Melayu Islam ini memainkan peranan penting sebagai pusat penyebaran dan penegakan tamadun Melayu di Alam Melayu.

Mengenai agama Islam itu sendiri, terdapat beberapa ciri istimewa yang menyebabkan ia dapat diterima dengan meluas oleh masyarakat Melayu di Alam Melayu. Ciri-ciri istimewa ini antaranya agama Islam merupakan agama yang mudah difahami, yang menekankan kesamarataan antara lapisan masyarakat, bersifat rasional dan logikal, yang mengutamakan akhlak dan kehalusan budi bahasa yang dianggap serasi dengan budaya orang Melayu.

Seperti yang dinyatakan, kerajaan Perlak dan Samudera-Pasai merupakan pusat tamadun Melayu Islam terawal. Perlak merupakan kerajaan Melayu Islam pertama yang ditubuhkan pada tahun 840 dengan raja pertamanya, Sultan Syed Maulana Abdul Aziz Syah. Samudera-Pasai pula telah muncul sekitar tahun 1042 sehingga tahun 1450 dengan raja pertamanya, Meurah Giri yang menggunakan gelaran Maharaja Mahmud Syah. Pada zaman pemerintahan Sultan al-Mukammil seorang ulama bernama Abdullah Ariff telah sampai dengan membawa kitab BahrLahut (Lautan Ketuhanan) yang membicarakan ilmu tasawuf. 

Raja Pasai bernama Meurah Silau telah diislamkan dan diberi nama Sultan Malik al-Saleh oleh Syeikh Ismail, seorang utusan dari Sharif Makkah. Di Sumatera Utara ini kemudiannya muncul kerajaan Islam Aceh. Aceh berkembang selepas kejatuhan Melaka dan mengambil alih peranan penting sebagai pusat penyebaran dan kegiatan agama Islam terutama di kawasan barat Alam Melayu sekitar kurun ke-17. 

Antara raja Aceh yang penting dan terkenal ialah Sultan Allaudin Ri'ayat Shah (1588-1604), Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1606- 1636), Sultan Iskandar Thani (1636-1641). Aceh seterusnya dikuasai oleh raja- raja perempuan apabila Sultanah Safiatuddin (1641-1675) ditabalkan sebagai pemerintah Aceh. Peranan Aceh sebagai pusat penyebaran dan kegiatan agama Islam telah menyebabkan ianya digelar Serambi Makkah, selain peranannya sebagai pusat perdagangan dan kuasa politik orang Melayu Islam.

Di Semenanjung Tanah Melayu, Melaka muncul sebagai sebuah pusat tamadun Melayu Islam yang menguasai persisiran Selat Melaka sekitar kurun ke-15 dan awal kurun ke-16. Melaka telah dibuka sekitar tahun 1400 oleh Parameswara, seorang keturunan Raja Srivijaya yang telah berundur dari Palembang apabila ianya diserang oleh kerajaan Jawa. Mula-mula baginda ke Temasik kemudian membuka Melaka yang seterusnya menerima Islam di tangan Makhdum Syed Abdul Aziz, seorang mubaligh dari Makkah sekitar 1414. Melaka mencapai zaman kegemilangannya pada pertengahan kurun ke-15; menjadi pelabuhan perdagangan berbentuk entrepot antara dunia timur dan barat yang sibuk; juga sebagai pusat penyebaran dan pengajaran agama Islam; dan melalui dasar peluasan kuasa (imperialisme) telah berjaya menguasai wilayah-wilayah di pesisiran Semenanjung dan juga bahagian timur Sumatera di persisiran Selat Melaka sehinggalah kejatuhan ibu kotanya di tangan kuasa Portugis pada tahun 1511.

Di Pulau Borneo, muncul sebuah pusat tamadun Melayu Islam terulung iaitu Kesultanan Melayu Brunei sebagaimana kemunculan kerajaan Islam Aceh dan Kerajaan Johor-Riau-Lingga. Brunei dikatakan menerima Islam apabila rajanya bernama Awang Alak Betatar memeluk Islam dengan menggunakan gelaran Sultan Muhammad (1363-1402, setengah pengkaji mengatakan pada 1480) Namun penemuan batu nisan bertarikh tahun 1048, menunjukkan wujudnya penempatan orang Islam lebih awal lagi di kawasan ini. Sebagaimana Aceh yang mengambil alih peranan Melaka, Brunei juga menjadi lebih teguh dan berkembang menjelang kurun ke-16 terutama selepas kejatuhan Melaka. Ini didorong oleh tindakan pedagang-pedagang dan penyebar (mubaligh) agama Islam yang telah mencari pelabuhan alternatif selain Melaka yang terletak di bawah penguasaan kuasa Portugis yang beragama Kristian. Kekuasaan dan pengaruh Brunei telah berkembang sampai ke Kepulauan Filipina (Sulu, Luzon, Mindanao) sehinggalah wilayah-wilayah ini jatuh ke tangan kuasa Sepanyol, dan di bahagian utara Pulau Borneo pula iaitu pantai barat Sabah dan Sarawak dikuasai oleh pihak Inggeris.

Berdasarkan kemunculan dan peranan kerajaan-kerajaan Melayu Islam atau pusat-pusat tamadun Melayu Islam itu, ternyata kejatuhan Melaka telah mendorong kemunculan puat-pusat itu secara bertaburan hampir di setiap pelosok kawasan di rantau ini. Pusat-pusat tamadun Melayu Islam ini mengambil alih peranan Melaka, walaupun kemunculannya tidak dapat menyaingi Melaka kecuali kerajaan Islam Aceh


Kesan-Kesan Kedatangan Islam Ke Alam Melayu

Kedatangan dan penerimaan agama Islam telah membuahkan beberapa ciri utama dalam tamadun Melayu sebagai kesan atau natijah terpentingnya. Mengenai sistem politik dan pentadbiran, sistem pemerintahan empayar Uthmaniyah telah diperkenalkan dengan meletakkan 'sultan' sebagai ketua negara dan ketua agama Islam. Di dalam pelaksanaan pentadbiran, sultan dijadikan 'Khalifah Allah di bumi' dibantu oleh golongan penasihat yang terdiri daripada alim ulama dan mufti. Undang-undang yang berdasarkan hukum syariah telah diperkenalkan walaupun ia tidak secara menyeluruh, sebagaimana yang ditunjukkan di dalam Hukum Kanun Melaka di zaman Melaka dan Batu Bersurat Terengganu 1303. Kedatangan kuasa-kuasa Eropah iaitu kuasa Portugis, Sepanyol, Belanda, dan kemudiannya Inggeris untuk menakluki dan mendominasi pusat-pusat tamadun Melayu telah memunculkan dan meningkatkan semangat jihad di kalangan masyarakat Islam untuk menentang kuasa-kuasa Eropah yang beragama Kristian ini. Persaingan dan pertembungan antara pusat tamadun Melayu Islam dengan kuasa Eropah Kristian menggambarkan penerusan siri Perang Salib tetapi berlangsung di kawasan dunia timur.

Mengenai sistem pendidikan, perkembangan ilmu pengetahuan, dan pandangan semesta ternyata agama Islam telah membawa beberapa perubahan dan pembaharuan kepada peradaban Melayu. Oleh sebab agama Islam menerima naungan daripada istana raja-raja Melayu, maka istana telah dijadikan pusat kegiatan dan penyebaran ilmu pengetahuan. Institusi-institusi pendidikan sama ada secara rasmi atau tidak rasmi antaranya ialah pendidikan di peringkat madrasah, pondok atau pesantren atau di masjid-masjid dan surau-surau telah wujud. Ini menunjukkan semua golongan tanpa mengira kedudukan sosial berpeluang untuk mendapat dan mempelajari ilmu pengetahuan terutama ajaran Islam. Kesannya, muncullah golongan intelektual terutama alim ulama di beberapa pusat tamadun Melayu Islam dengan karya-karya utama mereka terutama karya-karya berbentuk keagamaan yang disampaikan dalam bentuk persuratan yang dinamakan sastera kitab.

Mengenai kehidupan masyarakat Melayu di pusat-pusat tamadun Melayu Islam ini, mereka juga menerima kesan daripada pancaran tamadun Islam ini. Antaranya institusi kesultanan dan sultan sebagai 'Khailfah Allah di bumi' atau Khalifatullahfi l-Ardhi bagi menggantikan sistem beraja berteraskan pengaruh kosmologi Hindu-Buddha. Sultan menerima nasihat dan panduan daripada golongan alim ulama dan mufti termasuk dalam melaksanakan undang-undang syariah terhadap masyarakat tersebut.

Secara umumnya, pusat-pusat tamadun Melayu Islam ini menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi dan ini secara langsung meletakkan tamadun Melayu di dalam jaringan tamadun Islam global yang berhubungan dengan kerajaan Uthmaniah Turki, Safawiyah Parsi, Mughal India dan kerajaan-kerajaan Islam di Timur Tengah dan Afrika. Walaupun terletak di dalam lingkungan jaringan tamadun Islam global, tamadun Melayu dari sudut kebudayaan temyata terus berkembang subur dan bersifat dinamik dengan menyerap unsur-unsur tempatan selagi ia tidak bercanggah dengan akidah dan syariah Islam yang berteraskan konsep Tauhid atau 'mengesakan Allah s.w.t.'


DASAR PECAH DAN PERINTAH

Pendahuluan
 Sejak awal lagi, adalah menjadi dasar Inggeris yang tersirat bahawa mereka perlu mengekalkan hubungan baik dengan golongan istana dan aristokrat Melayu dengan cara mengekalkan institusi tradisional dan seboleh-bolehnya menggelakkan gangguan ke atas fungsi, struktur sosial dan cara hidup Bumiputera. Oleh itu penduduk Bumiputera tidak diberi peluang dalam perkembangan ekonomi eksport, sebaliknya keutamaan diberikan kepada golongan imigran. Ini dibuktikan daripada pengimportan buruh asing untuk mengisi keperluan tenaga buruh.Kerajaan kolonial Inggeris telah mentadbir penduduk Bumiputera dan imigran secara berasingan. 

Dasar ini dikenali sebagai sistem `Pecah dan Perintah’(Divide and Rule) satu kaedah imperialisme penjajah Eropah yang digunakan di tanah jajahan untuk `melemahkan’ Bumiputera dan pada masa yang sama memberikankeutamaan kepada kaum imigran dan sekaligus memisahkan mereka daripada penduduk Bumiputera. Golongan imigran dibiarkan mengekalkan identiti dan budaya masing – masing dan tidak digalakkan berhubung secara langsung dengan kaum Bumiputera.Mereka diberi kesempatan dan kemudahan untuk terlibat dalam perkembangan perusahaan bijih, getah dan aktiviti perniagaan.

Penduduk Bumiputera sebaliknya disisihdari corak kegiatan ekonomi komersial yang diwujudkan. Kaum bumiputera, walaupun tidak ditindas secara kekerasan seperti yang dilakukan oleh penjajah Belanda di Indonesia ataupun penjajah Sepanyol di Filipina, mereka tetap mahu dikekalkan dengan cara hidup tradisi mereka-menjadi petani sara-diri atau nelayan miskin. Dengan cara ini pihak Inggeris berharap dapat membentuk keadaan yang stabil dan terus menjajah Negara ini.

Kesan pengamalan dasar `Pecah dan Perintah’ Inggeris pada zaman sebelum merdeka.
a)        Terlepasnya penguasaan para pembesar Melayu terhadap perusahaan melombong bijih

b)        Pengabaian bidang pertanian kecil-kecilan seperti tanaman padi yang melibatkan penduduk Bumiputera.

c)        Proses pembandaran terjadi di pusat-pusat tumpuan aktiviti ekonomi eksport.

d)        Di pusat aktiviti ekonomi eksport seperti lombong bijih dan ladang getah telahwujud kelas buruh dan pekerja yang kebanyakkanya orang Cina dan India.

e)        Dari segi sosial, kedatangan imigran Cina dan India yang melimpah-limpahmenjelang awal abad ke-20, telah menimbulkan fenomena asing dalammasyarakat tempatan. Masalah sosial seperti aktiviti kongsi gelap, pelacuran dan penagihan candu banyak berlaku.

f)        Orang Melayu kehilangan tanah akibat tarikan terhadap tanaman getah, yangmenyebabkan penjualan dan pindahmilik tanah berleluasa kepada pengusahaladang asing.

g)        Bumiputera kekal sebagai petani dan nelayan akibat dasar Inggeris dalam bidang pelajaran.

Telah wujudkan masalah perpaduan di antara kaum melalui  :

a.      Pengasingan penempatan
b.      Pengasingan agama
c.      Pengasingan sistem pendidikan
d.      Kewujudan akhbar perlbagai bahasa
e.      Kewujudan Persatuan  
f.      pelbagai kaum
g.      Pengasingan penempatan



Penjajahan British di Tanah Melayu pada abad ke-19 telah membawa masuk secara beramai-ramai tenaga kerja dari China dan India. Salah satu faktor yang mendorong orang Cina dan India datang ke Malaya pada masa itu ialah faktor ekonomi. Faktor ini jugalah yang telah mendorong sesuatu golongan etnik menetap di sesuatu kawasan danfakta ini juga berkait rapat dengan pekerjaan tertentu sesuatu kaum.Dalam tahun-tahun 1920-an, corak pendudukan rakyat di negara ini telah jelas terbentuk. 

Terdapat perkampungan Melayu, pekan dan bandar dengan kedai–kedai Cina, buruh-buruh India di ladang getah, rumah panjang kaum  Iban dan kampung kaum kadazan. Hal ini merupakan satu senario biasa yang boleh dilihat dalam masyarakat Malaysia. Corak pemisahan ini melahirkan asas-asas dalam masalah perpaduandan integrasi kaum. Pengasingan daripada segi fizikal ini juga tidak membolehkan setiap kaum bercampur gaul, bermesra atau memahami budaya dan adat resam kaum yang lain. 

Pemisahan fizikal ini menjadikan ikatan hubungan antara kaum bertambah jauh ditambah lagi dengan adanya perbezaan-perbezaan lain seperti perbezaan agama, pendidikan,akhbar, persatuan dan pengaruh politik di tanah asal mereka

Pengasingan Agama

Pada amnya setiap kaum dapat digolongkan kepada agama yang dianutinya. Orang Melayu beragama Islam, orang India beragam Hindu dan orang Cina menganut agamaBuddha. Bagaimanapun pembahagian agama kaum ini dibuat secara kasar dan tidak mutlak kerana terdapat juga orang India yang menganut agama Islam, Kristian dan kaum India dari keturunan Punjabi pula menganut agama Sikh. Banyak juga kaum Cina yang menganut agama Kristian. Sementara kaum Bumiputera diSabah dan Sarawak banyak yang beragama Kristian.

Pengasingan Sistem Pendidikan
Pada asasnya, sistem pendidikan di negara ini berasaskan sistem yang telah ditinggalkan oleh pihak British. Sistem tersebut mula diperkenalkan pada awal abad ke-19 iaitu pada peringkat awal wujudnya Negeri-negeri Selat. Bagi orang Melayu, kerajaan British telahmenitik beratkan tentang dua bentuk pelajaran bagi mereka, iaitu pelajaran Melayu untuk orang Melayu biasa dan pelajaran Inggeris untuk anak-anak Melayu daripada golongan bangsawan. Kecenderungan pihak British terhadap pendidikan orang Melayu pada masaitu ialah kerana mengenangkan orang Melayu adalah penduduk tetap negeri ini,sedangkan orang Cina dan India adalah kaum-kaum pendatang yang akhirnya akan pulang ke negara asal mereka.

Orang Melayu kebanyakkannya tinggal di kampung Sementara itu, sekolah-sekolah Inggeris untuk semua kaum pula didirikan di bandar- bandar.Tidak banyak orang Melayu yang mampu menghantar anak-anak mereka kesekolah Inggeris. Pada tahun 1905, Kolej Melayu Kuala Kangsar dibuka bagimenyediakan pegawai-pegawai pentadbir Melayu. Pada masa itu, hanya segelintir orang Melayu sahaja (kerabat diraja dan bangsawan Melayu) yang mampu menghantar anak mereka bersekolah di maktab ini.

Di samping sekolah Melayu dan Inggeris, pihak British juga mendirikan sekolah Tamil di ladang-ladang getah. Walaubagaimanapun, tuan-tuan punya ladang getah (yang terdiri daripada orang Inggeris dan Eropah) tidak begitu bersungguh-sungguh memajukan pendidikan sekolah Tamil. Oleh itu perkembangan pendidikan Tamil agak lembap.Walaupun guru- guru yang mengajar di sekolah Tamil ini diambil dari India, tetapi mutu pengajaran mereka tetap rendah. Tidak ada pelajaran peringkat menengah di sekolahTamil. Justeru itu, lepasan sekolah Tamil seperti juga dengan lepasan sekolah Melayu,tidak menjamin mereka untuk mencapai pekerjaan lain selain menjadi buruh di ladanggetah seperti ibu bapa mereka.Berbeza dengan orang Melayu dan India, orang Cina mempunyai tradisi untuk menghormati dan mementingkan pendidikan bagi anak-anak mereka. 

Di mana ada masyarakat Cina, sekolah-sekolah turut dibina dan dibiayai oleh orang Cina yang kaya dalam kelompok itu. Di samping itu, para guru dan buku teks yang diajar di sekolah-sekolah Cina didatangkan dari negeri China dan murid-muridnya mempelajari perkara- perkara yang sama seperti pelajar-pelajar di sana. Berbanding dengan sekolah-sekolahMelayu dan Tamil, pelajar Cina mendapat pelajaran yang lebih tinggi di sekolah Cina.Sekolah Cina menyediakan pendidikan enam tahun di peringkat sekolah rendah.Pelajaran menengah diadakan di sekolah-sekolah yang lebih besar, dan banyak juga penuntut dari keluarga yang mampu telah menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran ke negeri China.

Fakta- fakta yang telah dijelaskan di atas menunjukkan bahawa aliran pendidikanmasyarakat pada zaman penjajahan British di Tanah Melayu merupakan kuasa yangmembantu memisahkan lagi masyarakat pelbagai kaum di Malaya. Didapati bahawaaliran pendidikan yang membolehkan tiga kaum (Melayu, Cina dan India) ini berhubungdan berinterkasi antara satu sama lain ialah melalui pendidikan sekolah Inggeris. Satu perkara yang ketara ialah pendidikan aliran Inggeris ini membekalkan pengalaman yangsama bagi mereka yang menuntut. Pengalaman yang sama ini kelihatan dapatmengurangkan jurang pemisah antara kaum. 

Kumpulan perlbagai kaum yang mempunyailatar belakang pendidikan Inggeris seterusnya dapat bekerjasama menjadi satu kumpulanyang agak penting dalam usaha menuntut kemerdekaan negara ini kemudiannya.Walaupun pendidikan aliran Inggeris ini kelihatan mempunyai kesan positif terhadap interaksi dan perpaduan perlbagai kaum di Tanah Melayu ketika itu, tetapi kesannegatifnya juga dapat dirasai. Hal tersebut berlaku kerana mereka yang berpendidikanInggeris ini agak terpisah dengan budaya dan cara hidup kelompok asal masing-masing.Perkembangan dan semangat yang sempit ini tidak dapat membantu mereka memahami bahasa, budaya, sensitiviti kaum-kaum lain.


Kewujudan Persatuan Pelbagai Kaum

Di samping pelbagai aliran pendidikan, agama dan akhbar bagi memenuhi kehendak danselera setipa kaum, terdapat juga pelbagai persatuan kebajikan, sukan dan pertubuhan- pertubuhan sosial lain yang ditubuhkan oleh setiap kaum bagi mengendalikan aktivitikaum masing-masing. Walaupun antara persatuan dan pertubuhan sosial tersebut terdapat pertembungan dan perhubungan dengan persatuan kaum – kaum yang lain, tetapi pertemuan ini berlaku dalam bentuk yang hanya menonjolkan identiti, persaingan dansemangat kekitaan kaum masing – masing. Sebilangan besar persatuan ini diadakan khusus untuk kepentingan satu – satu kaum sahaja. Misalnya terdapat Malay Club,Chinese dan Indian atau Ceylones Association di bandar-bandar. 

Pada tahun 1937,misalnya orang India telah menubuhkan Persatuan India. Persatuan ini telah membuat desakan terhadap kerajaan British supaya mengambil tindakan dalam membaiki keadaan bekerja yang lebih baik bagi pekerja-pekerja India.Selain persatuan untuk kebajikan sesuatu kaum, terdapat juga persatuan- persatuan sukan. Pertandingan sukan persahabatan kerap dilakukan antara kaum, tetapi hubungan bersukan seperti ini banyak berasaskan persaingan antara kaum. Keadaan ini boleh menggalakkan dan menebalkan lagi semangat perkauman, kerana tiap-tiap kaum cuba untuk menaikkan dan memenangkan persatuan sukan kaum mereka sahaja.

Kemuncak Kepada Kesan Dasar Pecah Dan Perintah Inggeris Di Tanah Melayu

Tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu detik hitam dalam lipatan sejarah Negara. Pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya Umum1969 dan merupakan puncak manifestasi masalah perpaduan kaum di Malaysia. Dalam pilihanraya tahun tersebut banyak isu-isu sensitif telah dibangkitkan dan ditimbulkanseperti bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. 

Dalam pilihanraya tahun 1969 Parti Perikatan gagal memperolehimajorirti dua per tiga dalam Dewan Rakyat manakala Parti Gerakan Dan DAP yang berjaya memeprolehi sebanyak 25 kerusi telah mengadakan perarakan di Kuala Lumpur sambil menghina bangsa Melayu. Hal ini memberikan tamparan hebat kepada orangMelayu dan akhirnya UMNO telah mengadakan perarakan balas sebagai bantahanterhadap penghinaan parti DAP dan Gerakan. Dalam suasana tegang dan penuh emosimaka tercetuslah peristiwa 13 Mei 1969. 

Peristiwa tersebut telah mengorbankan ramaiorang dan telah mengakibatkan kerugian harta benda yang banyak. Ia juga telahmenyebabkan negara kita telah menjadi tumpuan dunia. Sebenarnya Masalah 13 Mei ini merupakan masalah perpaduan yang telah lama berakar umbi dalam masyarakat majmuk Malaysia sebelum tahun 1969 lagi. Masalah ini telah disebabkan oleh British yang telahmemainkan peranan yang cukup besar untuk mewujudkan keadaan sedemikian rupa.

Pada zaman pemerintahan British, British telah mewujudkan kelompok-kelompok etnik  berdasarkan kegiatan ekonomi. Ini dilakukan untuk menjaga kepentingan mereka agar tidak terjejas dengan kewujudan perpaduan kaum kerana mereka mahu mengeksploitasisemaksima mungkin kekayaan semulajadi Malaysia. Justeru mereka telah menetapkan pengurangan kadar kemiskinan telah dapat dikurangkan dan pengenalan kaum berdasarkan aktiviti ekonomi telah berkurangan. 

Dasar Pendidikan Kebangsaan

 Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah hasil daripada Akta Pelajaran 1961 yang berdasarkan syor laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Ia telahdimaktubkan dalam Ordinan Pendidikan 1957. Pada amnya dasar ini bertujuan untuk membantu menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan keturunanmelalui sistem pelajaran yang menitikberatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama serta berasaskan kokurikulum, peperiksaan dan kegiatankokurikulum yang sama.3.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

 Sebagai sebuah negara yang rakyatnya berbilang bangsa, kaum dan agama Malaysia tidak lari daripada aspek kepelbagaian budaya anatara satu sama lain. Melalui dasar ini unsur-unsur kebudayaan dapat digunakan untuk membentuk warganegara yang lebih baik danmembina negara bagi mencerminkan satu keperibadian Malaysia.

Dasar Pembangunan Nasional (Dpb)

 Dasar Pembangunan Nasional (DPB) diumumkan oleh Datuk Seri Doktor Mahathir Mohammad pada 17 Jun 1991 di parlimen. DPN dilaksanakan bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan ia terkandung dalam Rangka Rancangan Jangka PanjangKedua (RRJP2) bagi tempoh tahun 1991-2000.
Melalui dasar ini ia masih lagi mengekalkan tujuan asas DEB dan bermatlamatkan untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu danadil . Matlamat akhir dasar ini ialah untuk membentuk perpaduan kaum.




..BUKTI KAMI MENJALANKAN PENYELIDIKAN DI ARKIB NEGARA MALAYSIA..















No comments:

Post a Comment