GROUP 1
- ATIFAH ALIAH MOHD ISHAK
- FATIN FARHANAH SAIFUDDIN
- NURHAZIERA AZIZ
- NOR HASMIZA AHMAD
SEJARAH AWAL DUNIA
TAKRIF PRA SEJARAH
Mengikut
Frank Hole dan Robert F. Heizer, pra sejarah bermaksud sebahagian masa silam
manusia yang tidak direkodkan secara bertulis. Sejarah hanya mula direkodkan
secara bertulis lebih kurang pada tahun 3,500 SM. Pra sejarah boleh juga
dikatakan zaman sebelum 3,500 SM. Zaman pra sejarah ini boleh dikesan melalui
bukti terawal yang dijumpai oleh ahli-ahli arkeologi seperti bangunan, tembikar
dan sebagainya. Selain itu, fosil-fosil manusia zaman pra sejarah juga ditemui
di Palestin, Eropah Tengah, Ethopia di Afrika dan China. Orang Neanderthal dan
orang Cro-Magnon merupakan dua jenis fosil manusia yang telah ditemui.
Orang Neanderthal ini hidup lebih kurang 50,000 tahun
dahulu. Orang Neanderthal ini lebih tinggi daripada manusia Peking dan manusia
Jawa. Mereka hidup menetap di dalam gua. Selain itu, mereka juga tahu
menggunakan api dan membuat pakaian daripada kulit binatang. Orang Cro-Magnon
pula muncul menjelang tahun 20,000 SM. Mereka mempunyai tahap intelektualisme
yang lebih tinggi daripada manusia terawal dan manuisa Neanderthal. Waris-waris
bagi orang Cro-Magnon didapati tinggal di Wales, Perancis, Sepanyol dan Afrika
Utara.
ZAMAN PALEOLITIK
Pengenalan
Zaman
Paleolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu dan berlaku dari 50,000 SM hingga
10,000 SM. Manusia Peking dan manusia Jawa wujud pada zaman ini. Menjelang
50,000 SM, orang Neanderthal mula hidup di Eropah, Asia dan Afrika. Selepas
itu, menjelang tahun 20,000 SM, orang Cro-Magnon tinggal di Eropah dan
mengasaskan kebudayaan moden di Eropah dan Afrika Utara. Orang pada zaman ini
melukis gambar gambar di dinding gua untuk melahirkan perasaan dan idea-idea
mereka.
Ciri-ciri Zaman Paleolitik
a)
Tempat Tinggal
Mereka
tinggal di dalam gua-gua atau berlindung di bawah ranting-ranting yang ditutup
dengan rumput-rampai dan di dalam lubang-lubang di bawah tanah. Mereka tinggal
di kawasan ini kerana ingin melindungi diri daripada serangan musuh atau
binatang liar, tiupan angin dan sebagainya. Mereka melakukan aktiviti harian
seperti memburu. Sebagai contoh, Gua Niah di Sarawak dan Gua Badak di Perak.
b)
Cara Hidup
Hidup
secara nomad (Berpindah-randah dalam kelompok kecil). Faktor utama mereka hidup
secara nomad adalah disebabkan oleh faktor bekalan makanan. Sudahpun diketahui
oleh kita semua, manusia zaman ini tidak tahu menternak binatang dan menanam
tanaman, mereka mendapatkan bekalan makanan secara memburu dan sebagainya.
Apabila sumber makanan di suatu tempat didapati berkurangan atau habis, mereka
akan pindah ke tempat lain yang dapat membekalkan makanan yang diperlukan.
Maka, tempat kediaman mereka juga tidak tetap.
c)
Kegiatan Seharian
Memburu, menangkap ikan, memungut hasil hutan dan
sebagainya. Selepas memburu, mereka akan berehat, makan kemudian tidur.
Binatang yang biasa diburu adalah seperti harimau, rusa dan sebagainya. Hasil
hutan yang dikutip pula adalah seperti sayuran liar, buah-buahan dan
sebagainya. Pakaian mereka juga
dibuat daripada kulit binatang, contohnya kulit rusa, harimau, beruang dan
sebagainya.
d)
Peralatan
Peralatan
yang digunakan oleh orang Paleolitik dibuat daripada kayu, batu dan tulang. Bentuknya
boleh dikatakan kasar dan digunakan untuk memburu, menumbuk, menetak, memotong
dan mempertahankan diri daripada musuh dan binatang liar. Sebagai contoh, kapak dibuat
daripada seketul batu berbentuk bujur yang hujungnya ditajamkan dan tanduk rusa
dijadikan sebagai cangkul untuk meluaskan gua-gua tempat tinggal mereka.
e)
Kepercayaan
Orang Paleolitik
mempunyai kepercayaan animisme, iaitu percaya bahawa semua benda di dunia ini
mempunyai roh. Sebagai contoh, mereka memuja unsur alam semesta untuk
mendapatkan hasil tanaman yang banyak. Unsur alam semesta yang dipuja termasuk
bulan, matahari dan sebagainya.
f)
Penggunaan Api
Mereka
menggunakan api untuk memanaskan badan, menakutkan binatang liar dan memasak
daging. Mereka mendapat pengetahuan penggunaan api daripada fenomena kebakaran
hutan yang dihasilkan akibat pokok-pokok disambar kilat. Pada permulaan, mereka
tidak tahu membuat api. Lama-kelamaan, mereka mengetahui bahawa api boleh
dihasilkan dengan kaedah geseran 3 batu.
ZAMAN MESOLITIK
Pengenalan
Zaman
Mesolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Pertengahan. Zaman ini berlaku di
antara 10,000 SM sehingga 5,000 SM. Manusia Zaman Mesolitik ini mengamalkan
zara hidup yang berlainan sedikit berbanding dengan Zaman Paleolitik. Di Asia
Tenggara, Zaman Mesolitik juga dikenali sebagai Zaman Haobinhian.
Ciri-ciri Zaman Mesolitik
a) Tempat Kediaman
Tempat kediaman
orang Mesolitik masih di gua, bawah ranting kayu dan lubang bawah tanah. Yang
berbeza sikit ialah sekarang mereka tinggal di tepi sungai dan laut. Sebab
utama mereka tinggal di sini ialah tempat ini akan membekalkan air dan makanan
laut. Air ini diperlukan untuk minum, mencuci, mambasuh badan dan sebagainya.
b) Kegiatan Seharian
Manusia Zaman
Mesolitik mengamalkan kegiatan yang sama seperti orang Paleolitik, Mereka
menjalankan kegiatan memburu, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Semua
kegiatan ini dijalankan dengan tujuan untuk mendapatkan bekalan makanan. Pada
zaman ini juga, mereka sudah mula belajar untuk bercucuk tanam. Tanaman utama
yang ditanam adalah makanan bijirin dan buah-buahan. Mereka mula belajar
bercucuk tanam kerana mudah bagi mereka untuk mendapatkan sumber makanan apabila
diperlukan.
c)
Peralatan
Peralatan
yang digunakan oleh manusia Mesolitik masih dibuat daripada kayu, batu, dan
tulang. Walau bagaimanapun, peralatan yang dibuat adalah lebih halus dan kemas
kalau dibandingkan dengan peralatan yang digunakan oleh manusia Paleolitik.
Alat ini juga dikenali sebagai mikrolit. Kini mereka sudah tahu menggunakan
panah dan anak panah semasa memburu binatang dan menggunakan jaring dan
perangkap untuk menangkap ikan.
ZAMAN NEOLITIK
Pengenalan
Zaman
Neolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Baru. Zaman ini dianggarkan
berlangsung di seluruh dunia di antara 5,000 SM sehingga 3,000 SM. Tamadun awal
manusia dikatakan bermula pada akhir Zaman Neolitik ini. Daripada pelbagai
bidang, Zaman Neolitik telah menunjukkan perubahan yang amat besar. Contoh
petempatan orang Neolitik ialah Lembah Indus, Lembah Hwang-Ho, Lembangan Sungai
Eupharates dan Tigris dan sebagainya.
Ciri-ciri zaman Neolitik
a) Tempat Tinggal
Manusia
Neolitik tinggal di rumah yang dibina oleh diri sendiri. Rumah mereka dibuat
daripada batu-bata, kayu dan sebagainya. Bukti yang menunjukkan manusia
Neolitik tinggal di rumah ialah penemuan tiang-tiang kayu yang ditinggalkan
oleh orang zaman ini di Switzerland. Tiang-tiang ini telah ternampak apabila
air tasik besar ini menjadi tohor.
b) Cara Hidup
Orang Neolitik hidup secara tetap di rumah yang didirikan. Kini, cara
hidup mereka juga lebih teratur. Rumah-rumah dibina untuk membentuk sebuah
kampung. Kampung ini biasanya terletak di tepi sungai atau laut
c) Kepercayaan
Masyarakat primitif ini mengamalkan kepercayaan animisme, iaitu percaya
bahawa semua benda di alam ini mempunyai roh. Selain itu, mereka juga percaya
bahawa semangat atau tuhan mengawal alam semesta. Sebab itulah mereka cuba
memuja semangat yang mengawal alam semesta seperti banjir dan kemarau yang
dianggap pemusnah pertanian.
d) Teknologi Baru
Zaman Neolitik telah mencapai perkembangan yang amat
pesat dalam bidang infrastruktur. Pada zaman ini, roda buat pertama kali
digunakan. Roda telah dicipta untuk menjadikan sistem perhubungan yang lebih
cepat.
ZAMAN LOGAM
Pengenalan
Zaman logam dianggarkan bermula kira-kira 2,500 tahun dahulu di dunia.
Zaman ini boleh dibahagikan kepada Zaman Gangsa dan Zaman Besi. Masyarakat
logam ini mengamalkan cara hidup yang berlainan daripada masyarakat sebelumnya.
segala aspek terus mencapai perkembangan. Pada zaman ini, terdapat beberapa
masyarakat yang bertamadun telah wujud di lembangan sungai utama. Sebagai
contoh, Tamadun Shang (Hwang-Ho), Tamadun Sumeria (Mesopotamia) dan Tamadun
Mesir.
Ciri-ciri zaman Logam
a) Peralatan
Penduduk
pada zaman ini mula menggunakan peralatan yang dibuat daripada logam seperti
gangsa dan besi. Sebabnya mereka berasa alat-alat gangsa ini adalah lebih tahan
lasak daripada alat-alat yang dibuat daripada batu. Bukti penggunaan alat
gangsa adalah seperti gendang dan loceng gangsa yang ditemui di Batu Buruk di
Terengganu dan Sungai Lang di Selangor.
b)Kegiatan Seharian
Masyarakat ini terus bercucuk tanam, menternak binatang, menangkap ikan,
berburu dan berdagang. Selain itu, mereka juga mula melombong bijih timah.
Mereka melombong bijih timah dengan menggunakan tulang mawas. Dengan adanya
alat yang dibuat daripada besi, manusia zaman ini dapat menggali, menebang dan
menebas sesuatu benda dengan mudah.
c) Adat dan Upacara
Manusia kini mengamalkan adat dan upacara yang lebih maju daripada
penduduk zaman batu. Sebagai contoh, mereka menanam mayat dalam kubur batu
kepingan dan kubur jenis ini telah ditemui di Batu Ubin, Perak. Selain itu,
mereka meletakkan mayat di dalam keranda kayu yang berbentuk perahu. Buktinya,
keranda sebegini dijumpai di Sungai Lang, Selangor. Contoh di atas merupakan
adat pengebumian bagi masyarakat zaman ini. Selain adat ini, upacara lain
seperti perkahwinan juga dimulakan pada zaman ini.
SEJARAH AWAL MELAKA
Melaka
diasaskan pada tahun 1400 oleh Parameswara yang merupakan seorang putera raja
berasal dari Palembang, Sumatera. Ketika itu, Palembang berada di bawah naungan
kerajaan Majapahit. Parameswara telah cuba untuk membebaskan Palembang daripada
Majapahit tetapi gagal. Setelah gagal, Parameswara telah melarikan diri ke
Temasik bersama kaum keluarga dan pengikutnya.
Pada waktu itu,
Singapura di perintah oleh seorang Gabenor Melayu dari Patani yang dilantik
oleh Raja Siam. Parameswara telah membunuh Gabenor itu beberapa hari kemudian
dan mengisytiharkan dirinya sebagai Pemerintah Temasik dan pulau-pulau di
sekelilingnya. Akibatnya, Siam telah mengatur rancangan untuk menyerang
Temasik. Parameswara telah bertindak melarikan diri ke Muar kerana merasakan
dirinya tidak selamat. Dari Muar, Parameswara telah meneruskan perjalanannya ke
utara melaui Sening Ujung dan Bertam. Akhirnya Parameswara telah sampai di sebuah
perkampungan nelayan di Kuala Sungai Bertam dan mendirikan sebuah kerajaan yang
diberi nama Melaka.
Melaka ditadbir
secara sistematik berdasarkan Sistem Pembesar Empat Lipatan. Ini adalah untuk
memastikan kelancaran pentadbiran di Melaka. Sultan menjadi ketua kerajaan dan
dibantu oleh Pembesar Empat Lipatan yang terdiri daripada Bendahara, Penghulu
Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Pembesar Empat Lipatan ini pula dibantu
oleh Pembesar Berlapan, Pembesar Berenam Belas dan Pembesar Bertiga Puluh Dua.
Parameswara
telah mengambil keputusan untuk mendirikan sebuah kerajaan yang diberi nama
Melaka. Ini kerana Parameswara mendapati Melaka mempunyai banyak keistimewaan.
Antaranya ialah;
1. Muara sungai
Melaka yang dalam dan kedudukannya yang terlindung daripada tiupan angin monsun
amat sesuai untuk dijadikan pelabuhan dan persinggahan kapal.
2. Terdapat bukit
yang boleh menjadi petunjuk pelayaran. Bukit itu juga boleh digunakan untuk
mengawal kapal yang keluar dan masuk ke Melaka.
3. Terdapat banyak pokok bakau
di pantai dan muara sungai yang boleh dijadikan kayu api dan dibuat tiang
rumah. Pokok api-api pula dijadikan sebagai benteng pertahanan.
PERKEMBANGAN MELAKA
Sultan Melaka
|
Tempoh
memerintah
|
Parameswara
(Raja Iskandar Shah) |
1400 – 1414
|
Sultan Megat
Iskandar Shah
|
1414 – 1424
|
Sultan Muhammad Shah
|
1424 – 1444
|
Sultan Abu Syahid
|
1444 – 1446
|
Sultan Muzaffar Shah
|
1446 – 1456
|
Sultan Mansur Shah
|
1456 – 1477
|
Sultan Alauddin
Riayat Shah
|
1477 – 1488
|
Sultan Mahmud Shah
|
1488 – 1511
|
Raja Iskandar Shah (Parameswara) mangkat pada tahun 1414 dan diwarisi oleh
anaknya,Sultan Megat
Iskandar Shah, Baginda kemudian digantikan
dengan putera baginda, Sri Maharaja, yang kemudiannya mengambil gelaran "Sultan Muhammad
Shah, Melaka". Pada kemangkatannya
dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya, Raja Ibrahim. ".
Kekanda Raja Ibrahim, Raja Kassim, menaiki takhta
pada tahun 1445 dan memakai
gelaran "Sultan Muzaffar Syah" (1445-1456) menaiki takhta dan
mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah
Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar
penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu.
Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat dua
serangan ke atas Melaka. Serangan pertama diketuai oleh Awi Chakra melalui
darat pada tahun 1445, tetapi telah ditewaskan oleh Tun Perak dan Tun
Hamzah (Tok Bongkok) tidak jauh dari Muar. Pada tahun 1456, Siam melancarkan serangan
kedua pada 1456 yang diketuai oleh Awi Dichu melalui laut, dan sekali lagi Tun
Perak telah berjaya menewaskan mereka. Siam tidak lagi mencuba untuk menyerang
Empayar Melayu Melaka. Tun Perak telah
dijadikan Bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau
berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada
perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.
ISLAM DI MELAKA
Islam telah
mula bertapak di Melaka seawal abad ke-15. Megat Iskandar Shah yang juga
merupakan putera kepada Parameswara merupakan Sultan Melaka yang pertama memeluk
agama Islam. Sejak itu Melaka mula berkembang menjadi pusat penyebaran agama
Islam. Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456) Islam telah
dijadikan sebagai agama rasmi. Baginda juga turut memperkenalkan undang-undang
Islam yang dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka. Terdapat beberapa faktor yang
menyebabkan agama Islam dapat berkembang di Melaka. Antaranya adalah ;
- Peranan Pedagang dari Sumatera - Pulau Sumatera telah menerima Islam seawal abad ke-13.
- Peranan Pedagang dari Arab dan India - Di samping berdagang di Melaka, mereka turut menyebarkan agama Islam. Islam disebarkan di Melaka oleh pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari Makkah yang mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar dan rakyat Melaka. Ada juga yang telah berkahwin dengan penduduk tempatan dan ini menyebabkan Islam berkembang subur di Melaka
- Peranan Sultan - Apabila sultan memeluk agama Islam rakyat turut mengikut jejak langkah dengan memeluk agama Islam.
- Peranan Ulama - Pedagang-pedagang Islam yang berdagang di Melaka turut membawa ulama bersama mereka. Ulama-ulama ini telah menjadi guru agama di Melaka dan mengajar di surau dan madrasah.
- Sifat agama Islam iaitu toleransi, adil, dan rasional serta meliputi semua aspek kehidupan telah menarik minat golongan istana dan rakyat untuk mneganut agama Islam.
KEJAYAAN MELAKA
Selepas
Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan Srivijaya pada Abad ke-15,
Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor
perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa
besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain
seperti Siam dan
Srivijaya. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah
berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang
oleh Srivijaya. Keupayaan Melaka telah
menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di bawah kekuasaan kuasa Siam
dan Jawa telah
meminta naungan dan perlindungan daripada kekuasaan Melaka. Contohnya negeri Bernam, Klang, Selangor, Sungai Ujung, Kedah, dan Patani yang secara sukarela
datang mendapatkan nobat daripada Melaka. Bukti kemunculan Melaka
sebagai satu kuasa besar yang baru ialah Melaka telah dua kali berjaya
menangkis serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan, menjelang kurun
ke-16 Melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan Siam.
Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah
enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima
atau pembeli barang-barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan
Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan
yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka merupakan warisan
Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya kerana
Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi
menggerakan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.
KEGEMILANGAN
MELAKA
Pada
tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki
takhta. Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan
luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan
Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan
tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Salah satu kesan kebudayaan yang
berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu
hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan penduduk
tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.
Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan
terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian
besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan.
Majapahit kemudiannya tumbang setelah banyak kawasan jajahan telah dikuasai
oleh Melaka pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga
kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal.
KEJATUHAN MELAKA
Pada
tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah
mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka,
telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah.
Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih.
Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa
keadaan. Ayahandanya Sultan Alauddin
Riayat Shah mangkat
pada usia yang masih muda. Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih
kanak-kanak. Portugal pada awal abad ke-16 sedang
mengasaskan sebuah empayar luar negeri.
Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja
Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di
Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh
kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik
gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah
kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka.
Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.
Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai
oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat
beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya
ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis
berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Sultan Mahmud
Shah terpaksa melarikan diri kePahang di pantai timur di mana
beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negara China.
Kemudiannya, Sultan Mahmud
Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya
di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik
(Singapura), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan
sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka. Sultan
Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka.
Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga
pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.
Pada 1526, pihak Portugis membalas
dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan
ibu kota Bentan. Sultan Mahmud Shah melarikannya ke Kampar, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin
Shah tinggal dan
mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang
mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19. Lagi seorang
anakanda Sultan Mahmud Shah, Tengku Muzaffar
Shah, dijemput oleh orang-orang
utara untuk menjadi sultan mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak.
Sultan Mahmud Shah mangkat dua
tahun kemudian di Kampar pada tahun 1526.
ZAMAN PENJAJAHAN
Tanah Melayu telah
dijajah oleh kuasa luar selama 446 iaitu dari tahun 1511 hingga 1957. Penjajah
yang pernah menjajah Malaysia ialah Portugis, Belanda, Inggeris, Siam dan
Jepun.
Penjajah dan latar
belakang penjajah
PENJAJAH
|
TEMPOH
|
CATATAN
|
Portugis
|
1511-1641
(130 tahun)
|
●
Tertumpu di Melaka
● Mendapat tentangan daripada orang Melayu
Melaka
● Tidak banyak meninggalkan kesan kepada
Negara
kecuali dari segi bahasa
dan tarian
|
Belanda
|
1641-1824
(183 tahun)
|
● Tertumpu di Melaka
● Tidak banyak meninggalkan kesan kepada
Negara
kerana tumpuannya di
Indonesia
● Mendapat tentangan dari orang Melayu
|
Inggeris
|
1824-1957
(123 tahun)
|
●
Menjajah ke seluruh tanah Melayu
● Banyak tentangan dari penduduk
● Banyak meninggalkan kesan dalam ekonomi,
sosial
dan ekonomi
|
Siam
|
1821-1909
(88 tahun)
|
● Tertumpu ni Utara Semenanjung Tanah Melayu
seperti Perlis, Kedah dan
Kelantan
● Meninggalkan kesan kepada negeri tersebut
|
Jepun
|
1940-1945
(5 tahun)
|
● Menjajah ke seluruh Tanah Melayu
●
Mendapat tentangan daripada penduduk
terutamanya orang Melayu
● Banyak meninggalkan kesan khususnya hubungan
antara kaum
|
FAKTOR PENJAJAHAN
KUASA BARAT
i.
Sumber bumi dan hasil kekayaan Tanah Melayu
ii.
Tempat yang sesuai untuk memperluaskan pengaruh
politik dan Agama Kristian
iii.
Masalah Anarki iaitu perang saudara antara
pembesar dan perebutan takhta yang menyebabkan perpaduan tiada di kalangan
masyarakat tempatan
iv.
Menyebarkan Agama Kristian kerana kuasa Islam
dapat menguasai barat oleh kerajaan Turki Uthmaniyah selama 600 tahun
v.
Persaingan kuasa-kuasa barat untuk menguasai
kekayaan di Asia dan mencari jalan laut ke timur
vi.
Factor ekonomi untuk mendapatkan bahan mentah kerana
diperlukan untuk Revolusi Perindustrian di Eropah
PENJAJAHAN PORTUGIS
Pada 10 Ogos 1511, Alfonso de Albuquerque tiba di Melaka dan membuat permintaan membina sebuah markas
Portugis di Melaka tetapi permintaanya ditolak oleh sultan. Selepas 10 hari
dengan bantuan pembelot dari kalangan pembesar dan orang dalam istana yang iri
hati dan dengki diatas pemasyuran Tun Fatimah dan bimbang akan kedudukan jalur
keturunannya, pihak Portugis berjaya mengepung dan menawan Kota Melaka pada 24
Ogos dan membina A Famosa dalam tempoh enam bulan. Dengan penewasan Sultan
Mahmud Shah, pihak Portugis memerintah Melaka selama 130 tahun.
Pada tahun 1513, Patih Unus dari Jawa, seorang pahlawan Jawa yang menjadi Sultan
Demak di Sumatera menyerang Melaka.
Pada tahun 1518 hingga 1519, Sultan
Mahmud Shah telah mengerah rakyatnya membina tembok tinggi mengelilingi Melaka
dalam masa tiga bulan.
Pada tahun 1521, Gereja St. Paul dibina oleh Kapten Portugis yang bernama Duarte Coelho
dan dinamakan "Our Lady of The Hill", tetapi kemudiannya ditukar oleh
pihak Belanda kepada tempat persemadian bangsawan dan dinamakan "Gereja
St. Paul".
Pada tahun 1523, Sultan Mahmud gagal sekali lagi dalam penawanan
Melaka.
Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim telah
mengepung Kota A Famosa. Pihak Portugis membuat catuan makanan dari Goa.
Pada tahun 1526, seangkatan
kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal
untuk memusnahkan bandar Bentan yang melindungi Sultan Mahmud Shah. Sultan
Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatra.
Pada tahun 1528, Sultan
Mahmud Shah mangkat di Kampar, Sumatera.
Pada tahun 1537, Pihak Aceh menyerang pihak Portugis di Melaka
pada kali yang pertama.
Pada tahun 1545, buat pertama kalinya, Fr. Francis Xavier tiba di
Melaka. Pada keseluruhannya, beliau membuat lima lawatan ke Melaka kerana
hendak menjadikan Melaka sebagai pusat operasinya di Timur.
Pada tahun 1548, Kolej
St. Paul (St. Paul's College), sekolah pertama di Melaka, dibina oleh St.
Francis Xavier untuk orang Katolik Portugis dan orang tempatan yang memeluk
agamanya.
Pada tahun 1551, gabungan
Johor, Japara dan Perak yang mantap telah menawan Melaka dan mengepungnya selama tiga bulan.
Pada tahun 1553, St.
Francis Xavier meninggal di Pulau Sancian berdekatan Canton, China dan dibawa ke gereja St. Paul selama sembilan bulan persemadiannya sebelum
mayatnya dibawa semula ke Goa, India.
Pada tahun 1568, Johor membantu Portugis Melaka mematahkan
serangan Acheh. Acheh telah mengawal Selat Melaka selama enam puluh tahun.
Pada tahun 1582, pihak
Portugis membantu Johor daripada serangan Aceh, dan Sultan Abdul Jalil Riayat
Shah menjadi Sultan Johor pertama yang melawat Melaka.
Pada tahun 1587, Johor
menyerang pihak Portugis secara besar-besaran melalui serangan tanah daratan
dan laut tetapi gagal sewaktu angkatan pihak Portugis sampai dari Goa.
Pada tahun 1588, pelawat
Inggeris pertama, Ralph Ritch telah tiba di Melaka.
Kejatuhan Portugis keatas Belanda
Pada tahun 1597, pihak
Belanda membuat serangan pertama Belanda ke atas Kota Portugis Melaka.
Pada tahun 1606, pihak
Belanda di bawah Laksamana Matelieff de Jonge bekerjasama dengan Sultan Johor
untuk menguasai Melaka. Percubaan selama tiga bulan gagal apabila Portugis
mendapat bantuan dari Goa.
Pada tahun 1615 hingga 1616, Acheh telah menyerang Melaka.
Pada tahun 1628 hingga tahun 1629, Acheh
memerintah Melaka selama lapan bulan sebelum pihak Portugis mengambil Melaka
kembali.
Pada tahun 1636, kapal Belanda telah
memusnahkan kapal Portugis di pelabuhan.
Pemerintahan Belanda
Kota Di Melaka pada tahun 1604.
Pada tahun 1641, pihak Belanda (1641 hingga 1795) menewaskan
pihak Portugis pada 14 Januari dan menakluk Melaka dengan pembantuan Sultan
Johor. Gabenor Portugis, Manuel de Souza Couthinho, menyerah kalah kepada
Kapten Minne Williemson Kaartokoe.
1645 Tokong Cheng Hoon Teng telah dibina oleh Kapten Lee Wei King dan ia merupakan tokong Cina yang tertua di Malaysia.
1645-1670 Perang antara Belanda - Naning.
1650 Bangunan
Stadthuys dibina sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan timbalannya, dan
dijadikan pusat pentadbiran Belanda di Melaka.
1710 Gereja St. Peter, gereja
Katolik tertua di Malaysia, dibina selepas pihak Belanda memberi kebebasan
kepada orang Katolik untuk mengamalkan agama mereka.
1753 Gereja Christ, yang melambangkan seni
rekabentuk Belanda, disiap sepenuhnya selepas pembinaan dua belas tahun.
1756 Bugis di bawah pemerintahan Daeng Kemboja telah
menyerang Melaka.
1784 Raja Haji datang ke Melaka untuk menawannya tetapi
terbunuh semasa pertempuran di Teluk Ketapang.
1795 Syarikat Hindia Timur menguasai
Melaka buat sementara semasa Perang Napoleon.
1807 Pihak British di bawah William Farquar mula
memusnahkan kubu Portugis dan mengusir pengaruh Portugis dari Melaka. Kemudian
Belanda merancang untuk menukarkan pedagang-pedagang yang datang ke Melaka
berpindah ke Pulau Pinang dan berhasrat melemahkan kekuatan Melaka.Kerja-kerja
memusnahkan kota ini menelan belanja disekitar 70,000 paun sterling.
1808 Kedatangan Sir Stamford Raffles telah
menyelamatkan Melaka dari kemusnahannya dengan persetujuan Lord Minto. Rancangan
pemindahan penduduk dibatalkan.
1818 Melaka dipulangkan kepada pihak Belanda di
bawah Perikatan Vienna selepas Perang Napoleon.
1819 Sultan
Hussain Shah telah menyerahkan Singapura kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris. Makam baginda terdapat di Masjid Tengkera.
Pemerintahan British
1824 Satu Perikatan British-Belanda (juga
digelarkan Perikatan London) dibuat yang mana pihak British memberi Bencoleen
(Bengkulu) di Sumatra kepada pihak Belanda sebagai pertukaran dengan Melaka.
Perikatan ini ditandatangani untuk mengasingkan kawasan jajahan British dan
Belanda. British telah menguasai kawasan utara Selat Singapura sementara
Belanda di bahagian Selatan (Kepulauan Indonesia).
1826 Melaka, Pulau Pinang dan
Singapura disatukan menjadi Negeri-negeri Selat.
1849 Gereja St. Francis Xavier dibina untuk
memperingatkannya.
1867 Negeri-negeri Selat menjadi tanah jajahan
British. Pejabat Pemerintahan Gabenor-Jeneral
yang berpusat di India berpindah ke Pusat Pemerintahan di London.
1895 Penanaman getah secara ladang dilakukan oleh Tan Chay Yan di Bukit Lintang, Melaka.
1941, Perang
Dunia ke-2 berlaku. Jepun mengebom Pearl Harbour (Pengkalan Laut yang penting
di Hawai bagi Amerika
Syarikat).
1942, Melaka
jatuh ke tangan Jepun.
1945, British
kembali menguasai Melaka setelah Jepun menyerah kalah kepada British di
Singapura.
1948, Komunis menyerang dan menguasai Malaya selama 14 hari.
Pihak British mengistiharkan
darurat dan situasi ini berakhir pada tahun 1960.
1956, Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia
yang pertama mengumumkan tarikh kemerdekaan (31 Ogos, 1957) setibanya dari
London. Dalam tahun yang sama, Melaka menjadi sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara merdeka.
No comments:
Post a Comment